20200311 - 87813961_3106838529340000_5272580755413794816_o

Anda kenal Pak Guard yang jaga pintu masuk di sekolah anak anda? Dia kerja 12 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Gaji dia bukan besar dan kerja kontrak ni bukan kerja tetap. Anda tahu hak dia perlu dijaga.

Anda kenal jiran yang duduk di kampung tradisi di sebelah taman? Pembangunan semakin menghimpit di bandar dan tidak lama lagi akan menelan kampung tradisi yang wujud di sana lebih daripada 50 tahun. Anda tahu hak perumahan jiran makin tergugat.

Anda kenal makcik tua yang jual nasi lemak di hujung jalan? Dia kais pagi makan pagi, harga barangan yang tidak terkawal menekan mereka yang berpendapatan rendah. Hospital yang dikunjunginya setiap bulan beritahu makcik senarai menunggu adalah panjang dan pembedahan yang ditetapkan pada tahun depan tidak boleh dibuat lebih awal walaupun situasinya makin teruk.

Anda kenal orang muda yang terpaksa buat dua tiga kerja untuk menampung kos hidup yang tinggi di bandar? Anda kenal pekerja biasa yang tidak mampu beli rumah yang harganya “mampus” milik?

Anda kenal wajah-wajah politikus yang pentingkan darjat dan pangkat asyik berbalahan untuk kuasa tapi memandang ringan terhadap mandat dan harapan rakyat?

Anda kenal. Anda tahu.

Kami perlukan sokongan anda untuk membawa perubahan. Sokonglah Kutipan Dana Perjuangan PSM. Parti Sosialis Malaysia (PSM) memperjuangkan masalah mereka dan masalah seluruh rakyat biasa seperti kita semua.

Demi Pak Guard tu. Demi jiran tu. Demi makcik tua tu. Demi Anak muda. Demi Rakyat. Demi masa depan kita.

20200313 - ditangguhkan

Majlis Jamuan Hi-Tea Kutipan Dana Perjuangan PSM (DITANGGUHKAN)
Tarikh: 22 Mac 2020 (Ahad)
Masa: 3pm – 5pm
Tempat: Dewan Kandiah, SJKT Vivekananda, Brickfields, Kuala Lumpur.

Anda boleh menyokong dengan membeli tiket untuk hadir pada harga RM1000, atau RM3000 atau RM5000 satu meja. Tiket individu dijual RM125 setiap tempat duduk. Sumbangan juga di alu-alukan.

(Kemaskini 12 Mac 2020: Untuk menghadapi ancaman penularan pandemik COVID-19 yang semakin ketara, PSM telah nemutuskan untuk menangguhkan program majlis jamuan hi-tea yang dijadualkan pada 22 Mac 2020.)

Setiap sen yang anda sumbangkan kepada PSM akan digunakan untuk kerja-kerja membela nasib golongan marhaen.

Sekiranya anda ingin menyumbang kepada Dana Perjuangan PSM, sumbangan boleh disalurkan kepada akaun berikut:-
Parti Sosialis Malaysia
Maybank: 5120 8033 7313

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *