oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Situasi wabak COVID-19 di negara kita sedang berada pada tahap yang kritikal. Perhimpunan keagamaan beramai-ramai yang melibatkan ribuan penganut seperti yang diadakan di Sri Petaling dan Batu Ferringhi tidak patut berlaku pada masa ini. Peningkatan kes yang mendadak sudah bermula kerana perhimpunan tersebut. Oleh kerana itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar oleh … Continue reading MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM
Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19
Dengan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang semakin serius di negara kita, Kerajaan Malaysia mengisytihar pada 16 Mac 2020 untuk pelaksanaan Perintahan Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Perintahan Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa di seluruh Malaysia ini bertujuan untuk meminimumkan pergerakan rakyat dari satu tempat ke satu tempat yang … Continue reading Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19
COVID-19 dan cuti tanpa gaji – Jangan mangsakan pekerja
oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedar bahawa situasi wabak COVID-19 yang menjadi satu ancaman bencana serius sekarang harus ditangani dengan segera. Ia sedang merebak cepat. Sehingga 16 Mac 2020, sudah lebih 500 orang dikenalpasti telah dijangkiti virus COVID-19 dan perlu menjalani rawatan. Pada masa ini, semua orang harus berganding bahu untuk menjaga kesihatan … Continue reading COVID-19 dan cuti tanpa gaji – Jangan mangsakan pekerja
Potong gaji pihak pengurusan di atas, bukannya pekerja bawahan – Saranan NUFAM kepada syarikat penerbangan
Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) menyuarakan bantahannya terhadap syarikat penerbangan yang mengambil jalan pintas untuk mengurangkan kos dengan mengorbankan kakitangan bawahan dalam syarikat. NUFAM menggesa syarikat-syarikat penerbangan untuk mengamalkan ketelusan dalam pendedahan tentang kerugian mereka dan pendekatan penjimatan kos yang dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kesan daripada penularan wabah COVID-19. Seruan daripada NUFAM … Continue reading Potong gaji pihak pengurusan di atas, bukannya pekerja bawahan – Saranan NUFAM kepada syarikat penerbangan
“Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh
IPOH, PERAK - 13 MAC 2020: Sekumpulan pengawal keselamatan daripada Delta Force Security Services & Consultancy Sdn. Bhd. mengadakan satu aksi protes pada hari ini di hadapan ibupebajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ipoh, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap salahguna kuasa dan pembulian sesuka hati terhadap pengawal keselamatan oleh seorang anggota polis bantuan yang … Continue reading Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh
WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Mohon Sumbangan kepada Dana Perjuangan PSM
Anda kenal Pak Guard yang jaga pintu masuk di sekolah anak anda? Dia kerja 12 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Gaji dia bukan besar dan kerja kontrak ni bukan kerja tetap. Anda tahu hak dia perlu dijaga. Anda kenal jiran yang duduk di kampung tradisi di sebelah taman? Pembangunan semakin menghimpit di … Continue reading Mohon Sumbangan kepada Dana Perjuangan PSM
Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik
KULIM, KEDAH - 10 MAC 2020: Jalan buntu dalam perundingan untuk perjanjian bersama (CA) antara kesatuan sekerja dengan majikan di kilang Infineon Technologies yang terletak di Kulim, Kedah, telah dibuka semula selepas ratusan pekerja turun beraksi di hadapan kilang tersebut untuk mempertahankan hak mereka. Pekerja-pekerja di kilang Infineon Kulim mengadakan satu aksi piket di hadapan kilang … Continue reading Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik
