Koleksi gambar-gambar daripada aktiviti-aktiviti kempen Parti Sosialis Malaysia (PSM) di kawasan DUN N48 Skudai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Amir Syafiq, calon PSM untuk kawasan DUN N48 Skudai, membuat aduan polis terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri untuk menyogok pengundi dengan membuat pengumuman tentang peruntukan dana kepada kawasan Skudai.

Amir Syafiq mengisytihar hartanya pada 1 Julai 2026. Pengisytiharan harta calon pilihan raya merupakan amalan yang dimulakan oleh PSM sejak tahun 1998.

Risalah yang diedarkan kepada para pengundi di kawasan DUN N48 Skudai sepanjang kempen pilihan raya.

Kunjungan mesra oleh Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ke bilik gerakan pilihan raya PSM di Skudai pada 5 Julai 2026.

Ibu bapa Amir Syafiq turut hadir untuk memberi sokongan kepada kempen pilihan raya PSM di Skudai.

Kenderaan yang digunakan semasa kempen pilihan raya dihiasi dengan poster.

Amir Syafiq sempat bermain badminton bersama-sama sukarelawan PSM walaupun jadual perjalanan kempen yang padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *