oleh Nasir Hashim

I

Jangan berbicara
tentang revolusi
Sekira berpeluk tubuh
mengkhayalkan
perjuangan
Jangan mengatur
alasan jelek
Jika membenamkan
diri dalam sandiwara
agama, kaum dan
sindiket cepat kaya
Senyum sinis kerana
yang bersalah
dibebaskan begitu
belaka

II

Sedarlah
Perjuangan ini
bukan enteng
bukan sebuah pesta
kenduri

Berani berkorban
menentang
penindasan
Mengikis kezaliman
Menyekat perosak
kehidupan

III

Sedarlah
Perjuangan ini
menuntut keadilan
Berpahatkan
kebijaksanaan
Ingin membebaskan
rakyat dari belenggu
penindasan dan
penderitaan

Sedarlah
Perjuangan jati ini
mengundang ideologi
kesaksamaan dan
kasih terhadap
rakyat tercinta

IV

Malangnya, ramai
belum bersedia,
Melontar seribu
satu helah agar
terbatal jatidiri

Kerana politik sempit
mengekalkan budaya
pautan/ minda
subsidi (culture of
dependency
)
Melumpuhkan daya
saingan dan
membelenggui
semangat berdikari
Siapa harus
dipersalahkan?

V

Yang lelan dan robotik
makin berpaut kepada
takdir
Meski pun nasib diri
tidak pernah
diketahui

Jangan mendakwa
angkara takdir
Kerana Allah
menolong mereka
yang menolong diri
sendiri (Q 13:11)

Ramai mengakui
diri sosialis dan
progresif kiri tulen
Namun sendiri sudah
dirasuk jiwa kapitalis
(socialist proclivity
with capitalist
mentality
)

Tidak segan silu
menempel rantak
analisis kapitalis
Ibarat tikus membaiki
labu …. keluar mulut
buaya dan memasuki
mulut harimau

VI

Maka bergemalah
penindasan
menularkan
penindasan
Kesetiaan dibelai
dalam paksaan

Lantas nafsu
mengejar keuntungan
menjadi agama dan
candu kapitalis
(the lust for profit becomes the religion and opium of capitalists)

==========

Dr. Nasir Hashim ialah mantan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *