Sebuah puisi oleh Ratu Yousei.
Merdeka kah negara ku ini
Sebuah puisi oleh Dr. Nasir Hashim.
Pahlawan sesat
Sebuah puisi oleh Dr. Nasir Hashim.
Perjuangan PSM
Sajak oleh Dr. Nasir Hashim
Panji Merdeka
oleh Penah Merah Lenin Bumi bergegar, rumahku dibakar, Kampungku hancur, kebebasanku ditegar, Akanku melangkah, biar sukar, Perjuangan kemerdekaanku, masih mekar. Api dipotong, air dikunci, Wang dijunjung, majikanku keji, Aku sabar, hatiku suci, Kini Tercetus sudah, api panji. Upah sekupang, peluh sebaldi, Lawan sekarang, bila lagi, Kaum buruh, hancur rantai gari, Kemerdekaan adalah realiti.
Seruling Raya
SERULING RAYA oleh Dr. Nasir Hashim Dengar .... dengarlah seketika cuma Seruling bambu mengalunkan keluhan syahdu Dengar ... dengarlah sejenak cuma Gendang dipalu menegur naluri membisu Dengar ... dengarlah rempuhan arus Sorak gempita menembusi ufuk dunia dan penjara mangsa Maka bergegarlah bumi dipijak Maka bergegaslah kuasa bangsat Gigih menangkis tsunami rakyat Sedar .. sedarlah duhai … Teruskan membaca Seruling Raya
Rejim
oleh Ramlan bin Ramli Ibnu Khaldun membahaskan tentang tiga sistem pemerintahan (rejim). Rejim Primitif Rejim Rasional Rejim Syariah Sekiranya kita jujur menelusuri dan bermuhasabah, walaupun kita sekarang hidup dalam dunia moden, kita akan dapat mengenalpasti, siapa kita sebenarnya. Adakah kita Primitif Rasional atau Syariah Dalam primitif jahiliyah Muhammad mendapat wahyu menjadi Rasulullah Dalam rasional budaya … Teruskan membaca Rejim
Reviu buku Akar Umbi
oleh Ben Nizari Selesai membaca Akar Umbi, saya sungguh-sungguh memikirkan di manakah agaknya yang saya pernah membaca kisah-kisah sebegini. Selepas beberapa cubaan mengingat akhirnya membawa saya kepada sebuah novel tulisan John Steinbeck yang berjudul In Dubious Battle. Tetapi yang saya baca ialah terjemahannya oleh Muhammad Ridhwan, terbitan DBP tahun 1989. In Dubious Battle adalah kisah … Teruskan membaca Reviu buku Akar Umbi
Dialog sang pokok
oleh Nik Aziz Afiq Akhirnya, setelah berlalu beberapa hari, barulah anak pokok muda, kecil dan lemah itu dapat tegak kembali. Sakit dipukul ribut masih terasa dalam segenap sendi. Serik dan tak mahu ulang lagi. Alangkah terkejutnya anak pokok kecil ini melihat pokok tua yang sudahpun menjadi tunggul hanya tersenyum melihat ke arahnya, mukanya tenang seperti … Teruskan membaca Dialog sang pokok