Punah negaraku

oleh Zulfiqar Mohd Yusof Punah negaraku kerana sang korup masih bertakhta di hati. Punah negaraku kerana sang penindas dijulang umpama pembela. Punah negaraku kerana yang bergelumang dengan maksiat diangkat sebagai penguasa. Punah negaraku kerana sang pendusta disangka berkata benar. Punah negaraku kerana yang menggadaikan tanah pertiwi disorak bak wira negara. Punah negaraku kerana sang keparat … Teruskan membaca Punah negaraku

Panji Merdeka

oleh Penah Merah Lenin Bumi bergegar, rumahku dibakar, Kampungku hancur, kebebasanku ditegar, Akanku melangkah, biar sukar, Perjuangan kemerdekaanku, masih mekar. Api dipotong, air dikunci, Wang dijunjung, majikanku keji, Aku sabar, hatiku suci, Kini Tercetus sudah, api panji. Upah sekupang, peluh sebaldi, Lawan sekarang, bila lagi, Kaum buruh, hancur rantai gari, Kemerdekaan adalah realiti.

MERDEKA

oleh Dr. Nasir Hashim Negara Ku ... Tanah air Ku Tabah menunggu janji-janji mu itu Setia bersatu ... berbudaya maju Merdekalah diri .. jangan belenggu Merdekalah diri wahai warga ku Negara menitis air mata sayu Kerana negara dicengkam dajal perpecahan Sesat memuja budaya bangsat Wahai warga Merdeka Bangunlah diri dari dunia alpa Terbenam dalam dunia keangkuhan … Teruskan membaca MERDEKA