oleh Zulfiqar Mohd Yusof

Sebelum berkuasa

tak jemu sembah sujud rakyat

tak loya menjamah di tepi jalan

tak jijik dipalit lumpur.

Sebelum berkuasa

rela lencun

rela bertandang di teratak usang

rela bersengkang mata.

Sebelum berkuasa

banyak gula-gula

janji bulan dan bintang akan ada di peha

membuatkan semua terpesona.

Pabila berkuasa

rakyat terpaksa sembah sujud

demi secebis bantuan.

Pabila berkuasa

teratak yang usang

telah menyembah bumi

secebis bantuan tidak diberi.

Pabila berkuasa

tiada lagi gula-gula

bulan dan bintang masih dilangit

segala yang dijanji buat-buat lupa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s