Selagi kita masih tidak dapat melepaskan diri daripada model pembangunan ekonomi yang berdasarkan angka, statistik, dan sains yang direka untuk berkhidmat pada kepentingan golongan elit, kita tidak akan dapat menyelesaikan bencana besar yang dihadapi oleh manusia pada masa ini.
Melangkaui petroleum
Pada suatu petang yang penuh kemurungan, pengaliran udara kelihatan seolah-olah berhenti, sungai-sungai berdekatan penuh dengan bangkai ikan kerana tumpahan minyak terjadi akibat daripada keusangan paip minyak berhampiran dengan sungai. Campuran bau minyak, gas asli dan kematian meresapi udara. Helikopter miliki Chevron (syarikat gergasi petroleum) baru saja diisi penuh dengan bahan bakar. Juruterbang menghidupkan enjin dan bilah kipas helikopter berdengung seperti lalat yang terbang. Namun, kali ini ia bukan menghantar pekerja ke pelantar petroleum di luar pesisir. Penumpang kali ini merupakan tentera bersenjata Nigeria yang diperintah untuk mematahkan secara ganas gerakan Occupy yang dilancarkan oleh golongan pemuda dengan pendekatan bukan keganasan.
Laksanakan moratorium kekal terhadap IPP yang guna bahan api fosil
PSM menyeru pada Kerajaan Persekutuan supaya memperkenalkan moratorium kekal terhadap pengeluar tenaga bebas (IPP) yang berasaskan bahan api fosil untuk memacu Malaysia ke arah 100% Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebelum tahun 2035.
Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu
(Siri “Malaysia Bekerja” - 2) (foto: United Nations Photo) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan wajar memperkenalkan polisi strategik untuk … Continue reading Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu