20200821-117776615_1229958927353116_5655711375550894869_n

KUALA LUMPUR – 21 OGOS 2020: Pekerja-pekerja dari Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, berprotes di hadapan ibupejabat syarikat Malakoff Corporation Berhad di Brickfields, Kuala Lumpur, pada hari ini, untuk menggesa pada pihak syarikat yang merupakan pemilik tanah ladang tersebut supaya jangan mengusir pekerja secara paksaan. Mereka menyeru untuk menyambung semula bekalan air dan elektrik kepada rumah pekerja yang dipotong air dan elektrik. Mereka juga menuntut supaya melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang.

Dua hari yang lalu, pada 19 Ogos 2020, pihak pengurusan Ladang Windsor telah memotong bekalan air dan elektrik ke rumah tiga orang pekerja ladang yang diberhentikan kerja pada tahun lalu kerana sudah lanjut usia. Pemotongan bekalan air dan elektrik tersebut merupakan tindakan pihak pengurusan untuk mengusir keluar pekerja berkenaan dari rumah mereka di dalam Ladang Windsor.

Pekerja-pekerja Ladang Windsor telah membentuk satu jawatankuasa untuk menuntut pelaksanaan skim perumahan bagi semua pekerja ladang di situ. Mereka sudah pun menyerahkan surat permohonan untuk skim perumahan pada 31 Disember 2019 kepada Tradewinds Plantech Sdn Bhd yang menguruskan Ladang Windsor bagi pihak Malakoff Corporation Berhad. Namun, mereka tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak syarikat, sebaliknya sekarang ini pekerja yang bersara pula diancam dengan pengusiran paksa yang tidak berperikemanusiaan. Pekerja-pekerja yang sedang bekerja pun rasa bimbang mereka akan mengalami nasib yang sama dengan tiga orang yang sedang diusir ini kelak apabila mereka bersara.

Malakoff Corporation Berhad ialah syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang terbesar di Malaysia, dan merupakan anak syarikat kepada MMC Corporation Berhad, sebuah syarikat korporat gergasi utiliti dan infrastruktur yang utama di negara kita. Keluasan tanah Ladang Windsor yang dimilik oleh Malakoff Corporation Berhad adalah lebih kurang 2,500 ekar. Para pekerja di situ hanya memohon 3 ekar daripada 2,500 ekar tanah itu diperuntukkan untuk membina rumah bagi 25 orang pekerja yang berkhidmat di situ. Skim perumahan bagi pekerja ladang memang telah dilaksanakan oleh beberapa syarikat perladangan yang lain. Salah satu contoh adalah syarikat Sime Darby yang memiliki tanah perladangan di Bagan Serai, iaitu tidak jauh dari Ladang Windsor, telahpun bersetuju untuk memberi tanah kepada pekerja bagi tujuan pembinaan rumah. Memang bukan sukar untuk Malakoff Corporation Berhad melaksanakan skim perumahan bagi pekerja ladang di bawahnya, kecuali syarikat ini memang bersikap zalim dan langsung tidak berperikemanusiaan serta enggan memikul apa-apa tanggungjawab sosial.

20200821-117771860_1308737182811427_493225748774134402_n (2)

Tuntutan yang dikemukakan kepada Malakoff Corporation Berhad pada hari ini ialah:

  • Sambung semula bekalan air dan elektrik kepada rumah pekerja yang dipotong bekalan kemudahan asas tersebut.
  • Hentikan pengusiran paksa terhadap pekerja-pekerja yang pernah membanting tulang untuk menjana keuntungan kepada pihak syarikat.
  • Berbincang dengan pekerja-pekerja untuk melaksanakan skim perumahan pekerja ladang.

Namun begitu, pihak atasan Malakoff Corporation Berhad bersikap amat sombong dan langsung tidak mahu mendengar keluhan pekerja. Malah, pihak syarikat Malakoff Corporation Berhad enggan menerima surat daripada pekerja-pekerja pada hari ini.

Pekerja-pekerja Ladang Windsor amat marah dengan sikap angkuh pihak syarikat ini. Mereka menegaskan pendirian mereka untuk mempertahankan rumah pekerja di ladang daripada diusir. Tiga orang pekerja yang dipotong air dan elektrik mendapat sokongan daripada pekerja-pekerja yang lain, termasuk berkongsi air dan elektrik dengan mereka. Mereka akan tetap memperjuangkan hak perumahan bagi pekerja ladang.

Turut hadir memberi sokongan kepada pekerja-pekerja Ladang Windsor pada hari ini termasuk Dr. Jeyakumar Devaraj selaku Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan selaku Timbalan Pengerusi PSM, A. Sivarajan selaku Setiausaha Agung PSM, R. Karthiges selaku Penyelaras Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), dan juga pekerja-pekerja dari ladang yang lain di kawasan berdekatan dengan Ladang Windsor.

20200821-117969917_3014247785368833_8487159805557826128_n

4 thoughts on “Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *