20200417 - 20180306101443_2

oleh M. Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya membatalkan kelulusan yang diberikan kepada syarikat elektronik Infineon Melaka yang terletak di di Bandaraya Melaka, untuk ia beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hampir 1% daripada penduduk negeri Melaka bekerja di industri gergasi Infineon yang terletak di dalam kawasan yang dikategorikan sebagai Zon Merah tersebut. Membenarkan hampir 10,000 orang pekerja untuk bersesak dalam bangunan Infineon membawa risiko mencetuskan kluster baru COVID-19 di Melaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa terowong nyah-kuman adalah tidak berkesan untuk membasmi COVID-19. Di samping itu, agak mustahil untuk Infineon memastikan jarak sosial dalam barisan pengeluaran yang sangat padat.

Maka, PSM Melaka mendesak MITI untuk membatalkan kelulusan operasi ketika PKP kepada Infineon Melaka demi melindungi nyawa pekerja dan rakyat.

==========

M. Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Pengerusi PSM Melaka.

23 thoughts on “MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka

    1. Dah dua minggu dah Ada yg dpt kebenaran utk kerja. Production dah jln buat masa skrg terutama yang mengeluarkan komponen 2 medical.

    1. Semua pekerja prod dah kerja dah…. 100% work force….. Kononnya MITI ade audit….. Tapi still 100% prod work force…..

  1. #samsul b. Mohd Sharip
    Setahu saya miti dah bgi kelulusan pada pihak infenion 100% berjalan seperti biasa tiada istilah 10% bro..semua pekerja perlu adil

  2. Kebanykan yg akan masuk adalah Yang terlibat langsung dgn pengeluaran. Malah ada komponen yang infineon keluarkan diguna pakai didalam alat2 medical Dan pernafasan Yang amat penting didalam keadaan Covic 19 ni.

    1. Yang production line jalan komponen-komponen telekomunikasi dan automotive pun dah jalan…… MITI audit tak tangkap ke?

  3. Yup mmg bkn semua. Hanya yang benar2 terlibat dalam pengeluaran. Malah zon merah Jasin tidak dibenarkan masuk langsung buat masa sekarang. Semua pekerja yang ada surat kebenaran shj dibenarkan msk.

  4. Semua production diarah berkerja 100% tiada yg terkecuali melainkan tolak cuti tahunan atau berhenti. Terang2 dh melanggar peraturan PKP.

  5. Semua production diarah berkerja 100% tiada yg terkecuali melainkan tolak cuti tahunan atau berhenti. Terang2 dh melanggar peraturan PKP. Pihak berwajib tolong kaji semula dan bertindak segera. Sgt membahayakan rakyat

  6. https://youtu.be/9x90jYGsgrg
    Key points to fight covid-19 at Infineon:
    1) Compulsory wear face mask.
    2) Daily body temperature measure for all employees.
    3) Social distancing at all area.
    4) Regular cleaning and sanitation.
    5) Insurance & Medical cover for all employees.
    6) Plan working schedule to reduce 50% of employees working at every area.

  7. 3.3k satu shift agak2 boleh patuh peraturan x..bulan puasa nk tiba lg la….sesak..batalkan je sblom 20hb ni

    1. Masalah ke tidakpatuhan di mn2 ade.Semua essential service sama. Takkan tutup semua. Soal utama bagaimana pastikan saje bukan khas kes ini

      1. So bagaimana pastikan social distancing? Have u enter prod line b4? If u have 100% work force in prod line, how r u going to ensure social distancing? Pls dun juz cm out with some theory without knowing the actual situation.

  8. Tidak perlu 100% beroperasi kerana bkn semua produk utk medical. Sila telus dlm memberi maklumat. Bahagian produk bukan essential tidak perlu beroperasi.

  9. Kerajaan bagi cuti 2 minggu pkp 1..kenapa gaji cleaner tak dapat.. Tak adil.. Bukan kita yg minta cuti.. Kerajaan yg bagi cuti.. Kata cleaner kerja sebagai essential service tak ada cuti kena kerja… Cleaner bukan manusia Ke… Kenapa cleaner kontrak lain dibayar.. Kenapa kontrak kita org tak dapat… Mereka pun cleaner juga.. Mereka dibayar kenapa kita orang tak dibayar..

  10. Sesungguhnya perlu Kaji sama2 sbl trus kata tidak utk elak misinterpret. 1. Adakah sykt betul2 buat komponen medical? Buat ms ni tdk boleh dijangkal lagi fakta ni. 2. Sykt masih byr gaji wlau no productivity. Ekonomi perlu diipulihkan sbb 10 ribu keluargaberisiko. Mrk yg bekerja hero kita, tanpanya byk yg mati. Pahala ni. Tak dipaksa 3. Paling penting faham ke kita langkah mitigasi mencukupi ke? Sykt makanan pun mungkin tak cukup jika dibandingkan. Soal utama bukan tidak benarkan beroprasi tp pastikan adenya langkah cukup. Ekonomi tak blh tutup selamanya, gaji politician tak sama kita ya. Perlu look forward baru ade perubahan positing, jgn asyik step sama aje bro

  11. Sesungguhnya perlu Kaji sama2 sbl trus kata tidak utk elak misinterpret. 1. Adakah sykt betul2 buat komponen medical? Buat ms ni tdk boleh dijangkal lagi fakta ni. 2. Sykt masih byr gaji wlau no productivity. Ekonomi perlu diipulihkan sbb 10 ribu keluargaberisiko. Mrk yg bekerja hero kita, tanpanya byk yg mati. Pahala ni. Tak dipaksa 3. Paling penting faham ke kita langkah mitigasi mencukupi ke? Sykt makanan pun mungkin tak cukup jika dibandingkan. Soal utama bukan tidak benarkan beroprasi tp pastikan adenya langkah cukup. Ekonomi tak blh tutup selamanya, gaji politician tak sama kita ya. Perlu look forward baru ade perubahan positing, jgn asyik step sama aje bro

  12. yang bos2nye pun pastikan kerja sekali jangan nak acah2 work from home.orang2 bawahan kau kerja bertarung nyawa tinggal anak keluarga .virus tu kau tak nampak sama maca bodoh kau. dah baik2 kerajaan suruh stay home untuk menggelak wabak ni dari merebak.kau boleh nak teruskan cari untung.kerajaan dah sediakn subsidi untuk bos2 yang mcm korang ni.memang la tak banyak sekurang2nya ada la seringit dua nak cover rugi kau .eaa tak faham aq la.masalahnya kalau kau je yang mati tak apa.ni melibatkan nyawa orang lain.

  13. Production line yg menjalani komponen-komponen lain drp medikasi pun dah jln dah…. 100% work force…. Kalau tak hadir, tolak annual leave … Hah….. Ni paksa ke tak paksa ni…..
    Mereka yg ckp hanya terlibat production line yg menjalani komponen-komponen medikasi, tlg jgn sebar berita palsu. Sebenarnya semua prod line dah jln mulai 20 Apr ….
    MITI pls take this seriously…. Betapa ratus nyawa terlibat…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *