20200223 - coronavirus-2

oleh M. Sarasvathy

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengucapkan terima Kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan saringan COVID-19 ke atas kakitangan yang bekerja di Hospital Teluk Intan. Arahan ini telah dikeluarkan pada 26 Mac 2020. Akan tetapi, beliau juga menafikan dakwaan yang dikemukakan dalam kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) pada 25 Mac 2020 mengenai 7 orang pekerja pembersihan di Jabatan Kecemasan Hospital Teluk Intan yang dilarang oleh majikan Edgenta UEMS untuk melakukan saringan COVID-19.

Berkenaan dengan isu ini, kami telah dimaklumkan bahawa 7 orang pekerja pembersihan tersebut telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 26 Mac 2020, lebih kurang pada pukul 2.00 petang. Terima kasih kepada pihak hospital Teluk Intan yang mengambil berat terhadap kesihatan 7 orang pekerja tersebut lalu menjalankan saringan COVID-19 ke atas mereka. Kami juga berharap saringan COVID-19 akan dijalankan ke atas semua pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

Pada masa yang sama, syarikat Edgenta UEMS, majikan kepada pekerja-pekerja pembersihan berkenaan, juga mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua 7 orang pekerja pembersihan akan dijalankan saringan atau sedang tunggu untuk saringan berikutan keputusan positif ujian saringan 37 orang petugas Hospital Teluk Intan yang telah dikuarantin. Persoalan kami adalah, kenapa majikan tidak mengambil langkah-langkah pencegahan lebih awal untuk pekerja-pekerja tersebut sebaliknya bersikap sambil lewa terhadap kesihatan mereka? Malah, pekerja dilarang oleh Penyelia Edgenta UEMS yang bernama Pn. Azilah untuk menjalankan saringan COVID-19 pada 25 Mac 2020.

Pekerja-pekerja tersebut juga diugut oleh Azilah bahawa jika sesiapa memberitahu dan mendedahkan sebarang perkara atau masalah yang berlaku di hospital kepada kesatuan, mereka akan diberhentikan kerja. Azilah mendakwa bahawa Kesatuan tidak ada kena mengena dengan pekerja dan tiada kesatuan di bawah majikan Edgenta UEMS, serta kesatuan hanya wujud di bawah majikan NS Medik Sdn. Bhd. sebelum ini.

Kesatuan KPSPSHKSM mengecam sekeras-kerasnya dakwaan pihak majikan Edgenta UEMS berkaitan dengan kesatuan. Adalah jelas menunjukkan bahawa tindakan Azilah tersebut merupakan pemangsaan ke atas ahli kesatuan sekerja (union busting). Kesatuan sekerja itu adalah untuk pekerja dan status kesatuan bukanlah ditentukan oleh penukaran atau pengambilalihan oleh majikan baru.

Pada masa kini, negara kita sedang menghadapi krisis yang serius disebabkan oleh wabak COVID-19. Malah, kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 untuk kebaikan rakyat Malaysia. Akan tetapi, Edgenta UEMS yang sepatutnya memberikan lebih perhatian kepada langkah-langkah keselamatan untuk pekerja pembersihan, tidak berbuat sedemikian malah memesongkan perkara ini kepada perkara lain yang tidak serius untuk masa kini.

Kesatuan menggesa pada pihak Edgenta UEMS supaya tidak memutarbelitkan fakta dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang lebih efisyen untuk menjamin keselamatan pekerja-pekerja pembersihan yang juga merupakan barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus untuk membendung wabak COVID-19.

==========

M. Sarasvathy ialah Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s