20200223 - coronavirus-2

oleh Rani Rasiah

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut apabila dimaklumkan tentang sesetengah hospital swasta yang terkenal enggan merawat individu-individu yang mempunyai simptom-simptom pernafasan kerana takut pesakit-pesakit ini dijangkiti dengan COVID-19. Respon standard hospital-hospital swasta ini dan doktor-doktor serta kakitangan kesihatan mereka adalah menasihatkan pesakit-pesakit dengan simptom pernafasan seperti batuk dan kesukaran bernafas untuk pergi ke hospital kerajaan yang terdekat, sedangkan adalah diketahui umum bahawa hospital-hospital kerajaan sekarang sedang berada dalam tekanan hebat kerana wabak COVID-19.

Kita sedar apa yang memandu sektor kesihatan swasta, dan betapa banyak dunia korporat terlibat dalam syarikat kesihatan swasta ini. Namun, ini bukannya masa seperti biasa. COVID-19, satu virus yang masih belum difahami sepenuhnya, sedang merebak di seluruh dunia, menjangkiti ratusan ribu orang, dan sehingga hari ini sudah membunuh lebih 16,550 orang. Di merata-rata tempat, ia telah membebankan atau mengancam untuk membebankan hospital awam yang merupakan barisan hadapan peperangan ini.

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan 26 buah hospital awam dan sebuah hospital universiti untuk melaksanakan tugas barisan hadapan dalam merawat pesakit-pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19. Seperti tempat yang lain, sistem kesihatan awam Malaysia telah menghadapi masalah untuk dua dekad yang lain kerana kekurangan dana, menyebabkan kekurangan peralatan yang kronik dan kehilangan doktor kanan dalam jumlah yang besar secara beransur-ansur kepada sektor kesihatan swasta yang semakin berkembang. Hospital awam sudahpun sangat sesak sebelum wabak COVID-19, dengan wad yang dibanjiri dengan pesakit dan jabatan kecemasan yang sibuk lagi sesak. Sekarang ini mereka terpaksa lagi memikul tanggungan untuk menguruskan kes-kes COVID-19, selain daripada mereka yang sakit tenat, mewujudkan satu ancaman kesihatan kepada semua kakitangan yang bertugas.

Melawan jangkitan virus ini melibatkan keperluan segera untuk wad khusus, ruang unit jagaan rapi (ICU) yang lebih banyak dan peralatan seperti ventilator dan alat pembekal oksigen, di samping peruntukan untuk kelengkapan perlindungan bagi petugas-petugas kesihatan. Di bawah keadaan yang menguji kesabaran ini, doktor-doktor, jururawat-jururawat dan pekerja-pekerja dalam sektor awam kita mempertaruhkan nyawa mereka di barisan hadapan melawan ancaman wabak maut ini dengan berani, dan kekal bersungguh-sungguh walaupun terdedah kepada risiko jangkitan virus.

Apakah peranan hospital swasta pada saat-saat genting ini? Kerajaan sudahpun menyatakan dengan jelas bahawa semua pesakit yang disahkan terkena jangkitan COVID-19 akan dipindahkan ke was yang dikhususkan di dalam 26 buah hospital kerajaan yang disenaraikan. Sudah pastinya di dalam keadaan ini, hospital swasta boleh memainkan peranan mewujudkan wad khusus dengan kemudahan untuk mengasingkan pesakit-pesakit yang mempunyai simptom pernafasan sehingga ujian ke atas mereka mendapati mereka adalah negatif. Ini akan dapat membantu dalam mengurangkan sedikit tekanan ke atas sektor kesihatan awam yang sudah berlebihan bebannya. Malangnya sekali, masih terdapat banyak hospital swasta terus mengamalkan sikap “berurusan niga seperti biasa” (business as usual) dengan enggan menerima pesakit-pesakit yang tidak menguntungkan untuk dirawat, atau sesiapa yang membawa kos tambahan kepada mereka – dalam bentuk perbelanjaan untuk membuka wad yang berasingan, memperuntukkan peralatan dan membeli kelengkapan perlindungan kepada kakitangan-kakitangan mereka. Hospital swasta juga nampaknya takut pada implikasi kewangan lain yang timbul daripada kakitangannya yang terdedah kepada virus COVID-19 sehingga perlu memperuntukkan masa untuk kuarantin, dan kemungkinan perlu membayar gaji untuk cuti sakit berjangka masa panjang. Sementara itu, makmal-makmal swasta sedang melakukan ujian untuk virus COVID-19 dengan kadar caj yang sangat tinggi, iaitu RM700 setiap ujian, walaupun bahan uji untuk ujian ini hanya berharga RM100 setiap ujian. Adakah ini masanya yang sesuai untuk memaksimumkan keuntungan dengan menaikkan harga perkhidmatan sukar didapati tetapi penting ini?

PSM menyeru pada semua hospital dan makmal perubatan swasta untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan dalam perjuangan melawan ancaman utama terhadap kemanusiaan ini. Mereka mempunyai segala sumber untuk melakukannya, setelah mengaut keuntungan yang lumayan pada waktu kebiasaan. Sekarang ini terdapat keperluan yang terdesak untuk mereka menggunakan sebahagian kecil daripada keuntungan yang dikumpulkan mereka untuk menyelamatkan nyawa, memberi bantuan kepada sistem kesihatan awam yang dibebankan berlebihan. Sudah pasti, terdapat lagi banyak masalah, seperti kekurangan bekalan topeng pelindung dan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE). Namun, pembekal kesihatan swasta boleh melakukan lebih banyak berbanding hanya sekadar meramas tangan seolah-olah tidak boleh buat apa-apa. Sebagai contoh, jika mereka berniat untuk melakukannya, persatuan hospital swasta boleh bekerjasama dengan kilang-kilang tempatan, dan jika perlu, dapatkan teknologi dari luar negara, untuk menyelaraskan pengeluaran PPE dalam jumlah yang diperlukan. Inisiatif sebegini akan membawa pulangan kerana keperluan untuk kelengkapan sebegini di Malaysia dan rantau ASEAN hanya akan terus meningkat dalam masa hadapan yang boleh dijangkakan.

Untuk hospital swasta yang enggan tampil ke hadapan secara sukarela untuk memainkan peranan, kami meminta pada kerajaan supaya mengeluarkan arahan yang mensyaratkan penglibatan mereka dalam pertempuran yang kritikal ini. Kerajaan patut membuka satu talian hotline untuk para pesakit melaporkan hospital swasta yang enggan merawat orang hanya kerana mereka mengadu tentang simptom pernafasan. Kita sedang menghadapi satu kecemasan kesihatan. Tingkah laku hospital dan makmal swasta yang semata-mata mementingkan diri sendiri tidak boleh diterima langsung!

==========

Rani Rasiah ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

One thought on “Hospital swasta enggan rawat pesakit dengan simptom pernafasan? Perbuatan yang keji! 

  1. Private sector capacity is dependent on repiratory and anaesthetist/ICU specialist availability. Also on Ventilator numbers and Beds. If capacity is limited, it will be better to say so from the beginning. KKM strategy with private hospitals is practical.

Leave a Reply to Shanmuganathan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *