Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menerbitkan satu set jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (18-31 Mac 2020) yang bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Berikut ialah isi kandungan penuh maklumat tentang soalan-soalan lazim ini:
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
Kementerian Sumber Manusia, 19 Mac 2020
1. Jika majikan paksa saya datang kerja dalam tempoh 18 hingga 31 Mac 2020, apa yang perlu saya lakukan?
Pekerja yang bekerja dalam perkhidmatan perlu (essential services) seperti di Lampiran 1, perlu hadir bekerja berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). Majikan perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i. Majikan mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minimumatau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa.
ii. Majikan memastikan pergerakan terhad pekerja terbabit.
iii. Majikan menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja pada setiap hari.
iv. Pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
v. Majikan hendaklah menyediakanbahan pencuci tangan (hand sanitizer).
vi. Majikan melaksanakan proses sanitasi dan pembersihan perlu.
vii. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik penjarakan sosial (social distancing) disediakan dan dilaksanakan.
Laporan ke balai polis yang berdekatan boleh dibuat sekiranya majikan yang tidak tersenarai sebagai perkhidmatan perlu (non-essiential) seperti di Lampiran 2 masih beroperasi dan mengarah pekerja hadir bekerja dalam tempoh tersebut.
2. Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ini, adakah majikan berkewajipan membayar gaji pekerja sepanjang tempoh dari 18 hingga 31 Mac 2020?
Ya, majikan wajib membayar gaji penuh. Pekerja bergaji harian perlulah dibayar mengikut kadar upahan yang telah dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran/kontrak perkhidmatan/surat kenaikan gaji terkini. Untuk pekerja yang mana upahnya tidak tetap maka kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam Perintah Gaji Minimum 2020.
3. Sekiranya majikan enggan bayar gaji dalam tempoh tersebut, apakah tindakan yang boleh saya lakukan?
Pekerja boleh mengemukakan aduan secara atas talian melalui emel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Sila kemukakan maklumat lengkap berkenaan aduan tersebut untuk memudahkan pengurusan aduan oleh pihak JTK. Pekerja juga boleh membuat aduan dengan cara hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja berdekatan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan. Walau bagaimanapun, siasatan ke atas aduan akan dijalankan selepas tempoh perintah ini tamat.
4. Saya sebagai majikan, adakah saya perlu membayar gaji pekerja sepanjang tempoh tersebut?
Ya, majikan wajib membayar upah sepanjang tempoh tersebut kerana kontrak perkhidmatan masih berterusan.
5. Sekiranya pekerja di luar skop Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), adakah majikan perlu membayar gaji pekerja untuk tempoh tersebut?
Ya, majikan wajib membayar upah/gaji kerana perkara ini telah termaktub dalam kontrak perkhidmatan yang di persetujui antara majikan dan pekerja.
6. Adakah majikan boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji pekerja sepanjang tempoh tersebut?
Tidak boleh kerana perintah telah dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
7. Adakah saya layak untuk menuntut insentif RM600 seperti yang diumumkan oleh kerajaan bagi menggantikan gaji yang sepatutnya dibayar oleh majikan sepanjang tempoh perintah ini?
Insentif RM600 tidak terpakai bagi maksud tempoh perintah ini disebabkan tempoh minimum untuk kelayakan ialah satu bulan.
8. Sekiranya majikan tersenarai dalam perkhidmatan perlu (essential services),adakah saya perlu membayar gaji pekerja sekiranya pekerja ENGGAN bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Pekerja tidak perlu dibayar gaji.
9. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk bekerja dari rumah?
Boleh, bagi pekerjaan yang bersesuaian dan boleh dijalankan dari rumah.
10. Jika pekerja bekerja dari rumah adakah saya perlu membayar gaji pekerja beserta elaun?
Ya, gaji pekerja beserta elaun yang berkaitan hendaklah dibayar.
11. Jika majikan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan ini, adakah ia satu kesalahan?
Ya, ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
12. Sebarang pertanyaan berhubung isu-isu ini, bolehlah hubungi:
Bilik Gerakan Pemantauan Pekerjaan Covid-19 KSM
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5 Blok D3 Kompleks D
Kementerian Sumber Manusia
62530 Putrajaya
Talian: 03-8889 2359 / 8886 2409 / 8890 3404
Emel: jtksm@mohr.gov.my / jtknsabah@mohr.gov.my / jtknsarawak@mohr.gov.my
**********
Kementerian Sumber Manusia telah menambahkan talian hotline bagi menjawab soalan-soalan berkaitan pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Talian ini beroperasi 24 jam dan boleh digunakan oleh semua pekerja di Semenanjung Malaysia.
**********
Lampiran 1
Perkhidmatan-perkhidmatan (Essential) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
- Perkhidmatan perbankan, kewangan dan bursa
- Perkhidmatan ATM (beroperasi)
- Perkhidmatan atas talian (beroperasi)
- Pengurusan mesin ATM/ CDM/ cek/ keselamatan (beroperasi)
- Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan kaunter (beroperasi pada kadar minimum)
- Bursa saham (beroperasi)
- Perkhidmatan elektrik dan tenaga
- Pembaikan/ penyelenggaraan/ operasi (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan bomba
- Operasi kebombaan (beroperasi)
- Bilik gerakan (beroperasi)
- Pentadbiran am / lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan pelabuhan dan lapangan terbang
- Operasi pelabuhan dan lapangan terbang (beroperasi)
- Pentadbiran am / lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan pos dan courier
- Operasi pos / courier (beroperasi)
- Perkhidmatan kaunter (beroperasi)
- Pentadbiran am / lain-lain (beroperasi pada kadar minima/ bekerja dari rumah)
- Penjara / pusat tahanan sementara / depo imigresen / pusat serenti / lokap
- Operasi (beroperasi)
- Lawatan / kunjungan (dilarang)
- Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Bahan api dan pelincir
- Stesen minyak (beroperasi)
- Pengeluaran / penapisan /penyimpanan / pembekalan /pengedaran (beroperasi)
- Pentadbiran am / lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan kesihatan
- Operasi kesihatan / hospital / klinik / farmasi awam dan swasta / kedai ubat tradisional berdaftar / veterinar/ pusat dialisis (beroperasi)
- Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Pusat rawatan alternatif (tutup)
- Lawatan pesakit (tidak dibenarkan kecuali kes-kes kritikal berdasarkan peraturan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia)
- Pengurusan sisa pepejal dan pembentungan
- Operasi (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan penyiaran / penerangan
- Hebahan maklumat dan operasi (beroperasi)
- Pentadbiran am / lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan telekomunikasi
- Penyelenggaraan/operasi (beroperasi)
- Pentadbiran am /lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan kaunter (tutup)
- Pusat data (beroperasi)
- Pusat panggilan (call centre) (beroperasi)
- Pengangkutan darat / laut / udara (termasuk e-hailing)
- Operasi /penyelenggaraan (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perkhidmatan air
- Pembaikan/ penyelenggaraan/operasi (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum)
- Perkhidmatan-perkhidmatan penting kerajaan / badan berkanun
i. Penerbangan awam
ii. Kastam eksais
iii. Imigresen
iv. Marin (APMM & Jabatan Laut)
v. Kaji cuaca
vi. Percetakan
vii. Pendaftaran
viii. JPJ
- Perkhidmatan kaunter (beroperasi pada kadar minimum)
- Penguatkuasaan (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum)
Keselamatan / pertahanan (PDRM dan ATM)
- Operasi dan penguatkuasaan (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum)
- Kursus dan latihan (ditangguh)
- Industri dan perniagaan berkaitan keselamatan / pertahanan
- Operasi / penyelenggaraan / pembekalan / perkhidmatan (beroperasi)
- Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Pembekalan dan perkhidmatan penyediaan makanan
i. Restoran / warung
ii. Penjaja kecil / trak makanan (foodtruck) / medan selera (foodcourt)
iii. Restoran dalam hotel
- Pembekalan bahan mentah (dibenarkan)
- Pembungkusan (take-away) (dibenarkan)
- Penghantaran (delivery) (dibenarkan)
- Makan tempat jual makanan (dine in) (tidak dibenarkan)
- Pandu lalu (dibenarkan)
- Peruncitan (kedai runcit/ serbaneka/ pasaraya/ pasar awam/ pasar borong)
- Operasi (dibenarkan)
- Pembelian keperluan (mengehadkan jumlah pembeli per keluarga)
- Pasar malam / pasar tani (tidak dibenarkan)
- Pusat beli-belah (shopping mall) [tutup kecuali bahagian peruncitan (groceries) dan makanan]Penghantaran (dibenarkan)
Perkhidmatan atas talian
- Operasi (dibenarkan)
- E-Dagang
- Operasi (dibenarkan)
- Pengurusan hidupan liar
- Operasi (dibenarkan)
- Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
- Perhotelan/ homestay/ penginapan berbayar
- Operasi penginapan (dibenarkan tetapi perlu berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin dan tempahan sajian secara room service)
- Operasi sampingan (kolam renang/ pub/ gym/ bar/ restoran/ spa) (tidak dibenarkan)
- Dapur sajian (dibenarkan beroperasi hanya untuk tujuan room servicesahaja)
**********
Lampiran 2
Perkhidmatan-perkhidmatan (Non-Essential) Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
- Pembaikan kenderaan
- Perkhidmatan pembaikan (beroperasi pada kadar minimum)
- Perkhidmatan penundaan kenderaan(towing service) (dibenarkan)
- Pembinaan dan pengubahsuaian
- Infrastruktur dalam pembinaan (in-progress construction) yang menjejaskan keselamatan (safety and security) [dibenarkan tertakluk kepada penilaian jabatan kerja raya dan jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (DOSH)]
- Keagamaan
- Perhimpunan agama (dilarang)
- Pengurusan kematian (dibenarkan dengan penglibatan minimum)
- Sukan / riadah awam
- (tidak dibenarkan/ ditutup)
- Sosial dan budaya
- Perhimpunan / persembahan / concert/ busking / zumba / kelab malam / disko / bar
- / karaoke / panggung wayang / pusat hiburan keluarga / fun fair / arcade (dilarang dan ditutup)
- Majlis kenduri/ keraian (tidak dibenarkan)
- Pergerakan dalam negara
- (tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan mendapatkan keperluan asas dan akses kesihatan)
- Pergerakan ke luar negara
- Warganegara (tidak dibenarkan)
- Bukan warganegara (dibenarkan)
- Kepulangan warganegara ke tanah air (dibenarkan dengan menjalani pemeriksaan dan kuarantin 14 hari)
- Kemasukan warga asing
- [tidak dibenarkan kecuali mempunyai taraf diplomatik, penduduk tetap (permanent resident) dan pegawai dagang (expatriate) dalam essential servicesdan mesti dikuarantin 14 hari dan berdasarkan kepada case by case basis]
- Warga Malaysia yang bekerja di Singapura / Thailand / Brunei / Indonesia
- (tidak dibenarkan)
Suami saya berkerja sebagai cat kereta di sebuah kilang swasta. Majikan suami saya kata jika dia tidak hadir kerja maka gaji tak ada, dan majikan juga kata dia ada borong utk kerja blh dijalankan seperti biasa tapi tak tunjuk dkt kita. Tapi setiap hari kerja dijalan seperti biasa dengan pintu depan ditutup seperti xde org. Pintu Dibelakang yg digunakan utk keluar msk dan setiap hari ada satu kumpulan lelaki(kwn2 majikan) ddk disitu utk minum arak dn sembang smpi majikan ttp kilang. Suami saya takut utk teruskan kerja sbb kami ada anak kecik dirumah. Majikan juga enggan bantu kami utk buat bantuan sip nya(rm600).