50636611_2197357883915790_5601920114686427136_n.jpg

KEPALA BATAS, PULAU PINANG – 24 JANUARI 2019: Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum.

Pekerja kawalan keselamatan berkenaan, Mohana Dass, telah bekerja di syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk 9 bulan, dari bulan Disember 2017 hingga September 2018. Namun, sepanjang Mohana bekerja di situ, syarikat tersebut hanya membayar gaji pokoknya RM700 sebulan, jauh berkurangan berbanding untuk kadar gaji minimum RM 1,000 sebulan yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2016. Oleh sebab pengiraan untuk gaji pokok sudahpun salah, maka pengiraan untuk bayaran kerja lebih masa (OT) juga menggunakan kadar gaji yang salah.

Mohana Dass telah mengemukakan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja Butterworth untuk gaji minimum yang tidak dibayar oleh majikannya setelah berhenti kerja pada bulan September 2018. Jumlah tuntutan Mohana Dass lebih RM 4,000. Dalam satu sesi runding damai yang diadakan pada 23 Oktober 2018, pihak majikan pada awalnya hanya menawarkan RM 680 untuk penyelesaian, dan setelah berunding hanya dinaikkan kepada RM2,000. Namun, apa yang dituntut pekerja ini bukannya sagu hati atau sesuatu yang berlebihan, sebaliknya apa yang sepatutnya dibayar kepadanya atas pengorbanan masanya untuk melakukan kerja tersebut. Mohana Das telah bertegas untuk menuntut bayaran yang sepatutnya maka kes diteruskan kepada proses pendengaran Mahkamah Buruh.

Kes ini telah didengar di Mahkamah Buruh Butterworth pada 24 November 2018, dan keputusan dibuat pada hari ini. Ketua Pengarah Tenaga Kerja Butterworth, Zarina binti Abd Aziz, telah mengarahkan syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk membayar sebanyak RM 4,314.72 kepada Mohana Dass. Bayaran tersebut termasuk gaji minimum yang tidak dibayar dari bulan Disember 2017 hingga Ogos 2018, baki gaji bulan September (14 hari), tambahan dengan gaji kerja lebih masa, gaji kerja hari rehat mingguan, gaji kerja lebih masa mingguan, gaji cuti am dan gaji kerja lebih masa pada cuti am, di mana semuanya tidak dikira mengikut kadar gaji minimum yang betul sebelum ini.

Pihak pekerja dalam kes ini diwakili secara pro bono oleh peguam Arafas Abdul Razak, yang juga merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang.

8 thoughts on “Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar

  1. bayaran gaji tidak penuh.pengurus operasi telah tipu dalam kedatangan harian pengawal.bila tanya kepada pegawai operasi tidak layan.mengadu kepada hq tidak dapat layanan,terpaksa ulang alik dari Cyberjaya ke Kepong Hq pun tidak dapat selesaikan masalah ini,harap pihak anda membantu saya dalam masalah ini…

    Like

  2. Just a tip of the iceberg. Many more such cases out there where security guards are being cheated of their rightful wages by unscrupulous and heartless employers.

    Like

  3. Sy asmadi.sy berkeja di sebuah syarikat servis security.syarikat ini mengambil perkerja seperti nepal.dan sy di lantik sebagai so/supervisor.gaji yg beri oleh syarikat $2000.di sini sy ingin bgtau di bulan mei publik holiday ada byk cuti.tetapi sy tidak ambil cuti.kalo sy cuti pon pasti gaji x di potong..syarikat servis security ni tidak membayar smua publik holiday pd bulan 5..sy mula keja di syarikat ini 27/3/20,bila masok bulan 5 publik holiday byk off day.sy teruskn keja mlm raya sy keja.syarikat ni ckp mlm raya x di kira.wlpn sy ada ambil cuti wkt publik holiday ada 5hari..ujung bulan sy dpt gaji cuma $1200 ngam2.advand cuma sy $250 ja.epf x potong.$2000 gaji.advand $250.pasti jumlah ada $1750.hujung bulan sy terima gaji cuma $1200..ni bermkna syarikat servis security ni tidak membayar satu pon publik holiday pd sy.syarikat ini telah potong gaji sy wkt sy ambil cuti 5hari.dr sini sy ingin sampai kan apa yg telah sy halami di syarikat servis security..tarikh masok gaji bukan 7hari bulan.15/16/paling lama 20 hari bulan bru dpt gaji.advand tarikh masok bukan 20haribulan 29 bru dpt pinjaman.syarikat ini mengatakn byk kwsn dn besar seluruh malaysia katanya.bab nk byr duit gaji katanya nk rolling byr tmpt lain dulu.kwn sy masih lg berkeja di syarikat ini.sy menjaga kwsn kondo recidences 288 di kwsn tmn gembira.kawan sy dh keja selama 8/9 bulan.cukup 3 bulan comfrom.syarikat ini mengatakn bila sudah 3 bulan keja sudah comfom akn tolak epf.tetapi kawan sy mengadu dgn sy bhwa nya syarikat tidak bertangungjwb kerana jnji2 yg syarikat ini tidak memotong kwsp kawan sy.kwn sy mula keja 2019/11 sampai la bulan 6 thn 2020,kwsp kwn sy mula di tolak bulan 5/6 saja.yg bulan 2/3/4 x masok.slip gaji kalau sudah comfrom baru dpt slip.selagi x comfrom xkn dpt slip gaji.tetapi kwn sy smpai skg xdpt jgk slip gaji.wlpn sy keja x lama.27/3/20 masok keja.dn sy telah di buang keja oleh pegawai ronda.dgn keadaan sy yg terima gaji sebanyak $1200. Bila sy tnya pd pegawai dlm gp.xda sapa pon yg nk jwp soalan sy.smua jns diam.bila sorg pegawai jwb.yg lain pon dtg terus cari kesalahan sy plak. Mcm2 alasan mereka untuk cari kesalahan sy selama sy berkeja di syarikat ini.bila sy minta hak sy.mereka berpakat utk cari kesalahan sy.mereka tetap nk makan duit titik peluh sy.sy harap tolong pantau syarikat servis security ini.syarikat ni tidak tau undang2 lgsg.last sy pm pegawai ronda sy nama sara berbangsa india.sy last ckp dgn sara.u org xtau undang2 dlm kerja.bila sy ckp mcm tu.pegawai sara ini minta no acc bank sy.sy terus bagi pd dia no acc bank.sy tunggu keputusan smpai ni bulan.kalau mereka tidak bayar gaji publik holiday sy.apa bole sy buat tindakn ini utk syarikat servis security ini?..

    Like

  4. Syarikat servis security sdn bhd tidak membayar publik holiday di bulan 5…lokasi pejabat syarikat ini di kwsn batu caves.

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Sosialis PSM Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s