20181215_121956(0).jpg

BAYAN BARU, PULAU PINANG – 15 DISEMBER 2018: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah menganjurkan satu aksi piket pada hari ini di hadapan bangunan bank HSBC Bayan Baru, Pulau Pinang, untuk menyuarakan bantahan pekerja terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak pengurusan bank HSBC.

Lebih kurang 300 orang ahli NUBE dan penyokong kesatuan sekerja, dengan kebanyakannya berpakainan baju merah, telah berhimpun di bawah terik matahari untuk menunjukkan solidariti kepada pekerja-pekerja bank HSBC yang dimangsakan oleh pihak pengurusan.

20181215_113257

Aksi piket ini merupakan susulan aksi piket yang diadakan pada 21 September 2018 di ibupejabat HSBC di Kuala Lumpur. NUBE menganjurkan “Jelajah Piket Harapan” di hadapan pejabat HSBC di seluruh negara untuk membongkarkan kepincangan pihak pengurusan bank dan menuntut supaya hak pekerja dilindungi.

Menurut J. Solomon, Setiausaha Agung NUBE, yang turut hadir dalam piket pada hari ini, pertikaian antara NUBE dengan HSBC Bank (M) Bhd telah berlarutan untuk lamanya dan situasi menjadi lebih teruk apabila ketua pegawai eksekutif baru dilantik pada bulan April lalu yang menghakis lagi kebajikan pekerja. Pihak pengurusan bank HSBC enggan melakukan pelarasan gaji untuk pekerja B40, dan gaji untuk pekerja berpengalaman turut dikekalkan statik.

20181215_110546

Antara pelanggaran hak pekerja oleh bank HSBC yang disenaraikan oleh NUBE termasuk:

  • Menghentikan pembayaran untuk ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor bagi para pekerja berpendapatan rendah.
  • Menghadkan pemeriksaan kesihatan bagi para pekerja berpendapatan rendah yang berumur 45 tahun dan ke atas, dari dua kali setahun kepada sekali dalam dua tahun.
  • Tiada lagi kenaikan gaji tahunan bagi para pekerja berpendapatan rendah apabila mencapai gaji “maksimum”. Ini akan memberi kesan ke atas gaji mereka sehingga mereka bersara.
  • Merompak bonus para pekerja berpendapatan rendah, termasuk pekerja dalam tempoh percubaan, dengan mengatakan bahawa mereka hanya “mungkin layak” dalam terma dan syarat pekerjaan.
  • Menentukan jenis pakainan yang harus dipakai oleh para pekerja berpendapatan rendah di pejabat tanpa memberi pakaian seragam.
  • Mengubah jawatan pekerja berpendapatan rendah tanpa pengetahuan mereka dengan niat menyingkirkan mereka daripada skop berkesatuan.
  • Memaksa pekerja berpendapatan rendah membuka akaun bank tanpa kehadiran pelanggan di bank.
  • Memaksa pekerja bekerja dalam keadaan yang dipenuhi dengan lalat, nyamuk, lipas dan tikus di beberapa cawangan.

20181215_113012

Pekerja-pekerja di bank HSBC telah berdedikasi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan bank selama ini, tetapi mereka tidak mendapat perlindungan untuk hak dan kebajikan mereka. Pekerja-pekerja yang bergabung di bawah NUBE kini menyuarakan bantahan mereka dengan lantangnya terhadap penindasan ini. NUBE telah bertekad untuk memperjuangkan isu ini sehingga selesai.

“Aksi bantahan akan diteruskan di seluruh negara, sehingga hak pekerja yang sah dihormati oleh kedua-dua bank HSBC dan Kementerian Kewangan,” begitu kata J. Solomon.

20181215_110016

20181215_112240

20181215_120427

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s