Aktivis Malaysia berprotes untuk menggesa AS supaya menghentikan campur tangan terhadap Venezuela dan melepaskan Presiden Nicolás Maduro serta isterinya Cilia Flores yang diculik dalam satu pencerobohan ketenteraan AS yang haram.
Ancaman ketenteraan AS terhadap Venezuela berterusan
Cubaan kuasa imperialis AS untuk melakukan perubahan rejim di Venezuela bukannya sesuatu yang baharu. Malah, pelbagai cubaan dan taktik kotor telah digunakan dalam tempoh lebih dua dekad yang lalu untuk menggagalkan proses Revolusi Bolivar.
Venezuela: Revolusi Bolivar diancam serangan pelampau kanan sekali lagi
Venezuela dilanda krisis politik baharu apabila puak berhaluan kanan di negara itu mencuba untuk merampas kuasa sekali lagi dengan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden. Puak berhaluan kanan telah menghasut orang ramai untuk berprotes membantah kerajaan pimpinan Nicolás Maduro, sementara rakyat Venezuela yang mendukung Revolusi Bolivar turut bermobilisasi untuk mempertahankan kerajaan Maduro daripada digulingkan oleh kuasa pelampau kanan.
Hugo Chávez (1954-2013): Peneraju anti-imperialisme dan Sosialisme Abad ke-21
Rencana khas sempena ulangtahun ke-10 pemergian Hugo Chávez.
Cubaan kudeta April 2002 di Venezuela: Kuasa rakyat tewaskan kudeta dalam 47 jam
Rencana khas sempena ulangtahun ke-20 peristiwa cubaan kudeta pada 11-13 April 2002 di Venezuela yang ditewaskan oleh rakyat yang mempertahankan Revolusi Bolivar.
Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS
Selepas empat tahun yang penuh campurtangan kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) dengan sekatan ekonomi, sabotaj, cubaan rampasan kuasa, cubaan pembunuhan dan pencerobohan tentera upahan, rakyat Venezuela telah mengundi untuk Perhimpunan Kebangsaan yang baru dalam pilihanraya umum yang diadakan pada 6 Disember 2020. Pilihanraya Parlimen Venezuela diadakan pada 6 Disember 2020, untuk memilih 277 orang perwakilan … Continue reading Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS
Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme
Pilihanraya parlimen Venezuela yang akan diadakan dalam keadaan menghadapi kesulitan yang hebat, merupakan satu langkah penting dalam usaha pemulihan demokratik terhadap institusi negara itu daripada ancaman golongan pembangkang berhaluan kanan yang disokong oleh imperialis Amerika Syarikat (AS). Rakyat Venezuela akan mengundi pada 6 Disember 2020 akan datang ini, untuk memilih 277 orang perwakilan ke dalam … Continue reading Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme
Venezuela lancar Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat
Kerajaan Bolivar Venezuela melancarkan “Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat” pada 6 September 2020, sebagai usaha terbaru untuk membina dan memperkukuhkan hubungan solidariti antara perjuangan rakyat di Venezuela, benua Amerika Latin dan seluruh dunia. Acara pelancaran telah diadakan secara atas talian dan disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube institut tersebut. 6 September 2020, menandakan ulangtahun ke-205 … Continue reading Venezuela lancar Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat
Venezuela: Gabungan parti politik kiri baru dibentuk untuk tanding Pilihanraya Parlimen
Parti Komunis Venezuela (Partido Comunista de Venezuela, PCV) dan “Tanahair untuk Semua” (Patria Para Todos, PPT), dua buah parti berhaluan kiri yang menyokong Kerajaan Venezuela pimpinan Nicolás Maduro, telah mengumumkan bahawa mereka akan membentuk gabungan politik baru untuk bertanding dalam Pilihanraya Parlimen Venezuela yang akan diadakan pada 6 Disember 2020. Selain dua parti berhaluan kiri, … Continue reading Venezuela: Gabungan parti politik kiri baru dibentuk untuk tanding Pilihanraya Parlimen
Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!
Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengannya sedang mengganggu usaha negara-negara tersebut dalam menghadapi ancaman pandemik COVID-19. “Pengenaan sekatan ekonomi melumpuhkan yang berterusan menjejaskan secara teruk hak asasi rakyat biasa untuk mendapatkan makanan yang mencukupi,” begitu katanya Hilal Elver, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak … Continue reading Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!
