Forum Sosialisme 2018: Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat

Forum Sosialisme 2018 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah berlangsung dengan meriahnya pada 7-9 Disember lalu di Kuala Lumpur, dengan perbincangan yang bersemangat tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan usaha membina rakyat dari bawah dan menangani ancaman sistem kapitalis yang berterusan dan memperjuangkan masyarakat masa depan yang lebih adil serta demokratik. Forum Sosialisme merupakan program … Continue reading Forum Sosialisme 2018: Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat

Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme

Marxisme merupakan salah satu aliran pemikiran yang penting dalam gerakan sosialis. Ideologi atau fahaman seseorang itu dibentuk oleh keadaan persekitaran yang berhubung rapat dengan kehidupannya, pergolakan zaman yang dialaminya, pengalaman hidup yang dilaluinya, dan juga pemikiran pada zaman itu yang terdedah kepadanya. Begitu jugalah dengan Karl Marx (1818-1883) dan idea-ideanya, bukannya sesuatu yang tertimbul secara … Continue reading Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme

PSM parti untuk B40 saja?

Dalam kaca mata ramai orang di Malaysia, PSM ini hanya parti politik yang memperjuangkan kepentingan golongan B40 sahaja. Bagaimana pula dengan M40 dan yang lain? Kenapa rakyat kelas menengah yang lain patut menyokong PSM? B40 ialah 40% rakyat yang terbawah dalam masyarakat. Golongan B40 mengalami kehidupan yang susah akibat daripada pendapatan yang rendah dan pemerasan … Continue reading PSM parti untuk B40 saja?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM

1. Berjuang 10 tahun untuk pendaftaran Tahukah anda bahawa Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil masa selama 10 tahun sebelum didaftarkan sebagai sebuah parti politik? Kenapa? Ini kerana PSM adalah sebuah parti yang disertai oleh aktivis daripada tiga buah organisasi masyarakat (iaitu SWP, CDC dan Alaigal), mempunyai sejarah dalam memperjuangkan isu-isu rakyat biasa. Menteri Dalam Negeri … Continue reading 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM

Kenapa Sosialis?

Punca asas kepada masalah masyarakat kita pada hari ini adalah sistem kapitalis yang berkisar pada keuntungan golongan kapitalis (pemodal). Perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan, bekalan elektrik, air dan sebagainya diswastakan demi keuntungan segelintir kecil golongan kapitalis. Sistem ini telah menimbulkan pelbagai masalah seperti kemiskinan, ketidakadilan sosial, eksploitasi pekerja-pekerja, kemusnahan alam sekitar dan sebagainya. Politik … Continue reading Kenapa Sosialis?

Sosialis.net dilancarkan!

Selamat datang ke Sosialis.net – sumber informasi dan perspektif yang progesif untuk anda semua. Sosialis.net dilancarkan pada hari ini di ruangan siber sebagai satu platform untuk menyebarkan maklumat terkini tentang perjuangan masyarakat, analisis tentang isu-isu masyarakat yang penting dan juga perpektif untuk perubahan masyarakat yang menuju ke arah kesejahteraan bersama. Sosialis.net ialah laman web untuk … Continue reading Sosialis.net dilancarkan!

Apa itu Parti Sosialis Malaysia (PSM)?

Parti Sosialis Malaysia (PSM) ialah sebuah parti politik yang berasaskan prinsip sosialisme dan berasiprasikan perjuangan rakyat yang berteraskan keadilan sosial. PSM memperjuangkan kesejateraan rakyat, keadilan sosial dan demokrasi sejati, demi membebaskan rakyat daripada segala bentuk penindasan dan membina sebuah masyarakat yang benar-benar sejahtera untuk semua. PSM lahir dari perjuangan rakyat PSM ditubuhkan pada tahun 1998, … Continue reading Apa itu Parti Sosialis Malaysia (PSM)?