header

Selamat datang ke Sosialis.net – sumber informasi dan perspektif yang progesif untuk anda semua.

Sosialis.net dilancarkan pada hari ini di ruangan siber sebagai satu platform untuk menyebarkan maklumat terkini tentang perjuangan masyarakat, analisis tentang isu-isu masyarakat yang penting dan juga perpektif untuk perubahan masyarakat yang menuju ke arah kesejahteraan bersama.

Sosialis.net ialah laman web untuk Akhbar Sosialis. Akhbar Sosialis merupakan lidah rasmi untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), sebuah parti politik berhaluan kiri di Malaysia yang lahir daripada perjuangan rakyat dan bergerak berasaskan visi politik untuk memperjuangkan keadilan sosial.

Agenda Sosialis.net adalah membina dan meningkatkan:

  • kecelikan politik rakyat dalam menganalisis masalah yang wujud dalam masyarakat kita,
  • kesedaran untuk bertindak secara kolektif untuk perubahan masyarakat yang bermakna untuk rakyat biasa,
  • keupayaan dalam memajukan perjuangan rakyat dari bawah.

Baca lanjut: Kenali PSM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *