18301428_10155217952099493_5406086179470443448_n - Copy.jpg

Punca asas kepada masalah masyarakat kita pada hari ini adalah sistem kapitalis yang berkisar pada keuntungan golongan kapitalis (pemodal). Perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan, bekalan elektrik, air dan sebagainya diswastakan demi keuntungan segelintir kecil golongan kapitalis. Sistem ini telah menimbulkan pelbagai masalah seperti kemiskinan, ketidakadilan sosial, eksploitasi pekerja-pekerja, kemusnahan alam sekitar dan sebagainya. Politik kanan mendukung sistem sebegini.

Masyarakat kita masih didominasi oleh fahaman politik berhaluan kanan. Politik berhaluan kanan adalah politik yang dibawa oleh parti yang bersifat perkauman, berjiwa kapitalis dan bersikap elitis, dengan tujuan mengekalkan status quo yang berpihak pada golongan mahakaya. Sosialis sebagai alternatif kiri pula merupakan politik yang pro-rakyat dan menentang kekuasaan kapitalis.

Sosialis menawarkan visi perubahan masyarakat yang berputus daripada kekuasaan kapitalis, melibatkan pembebasan rakyat daripada segala bentuk eksploitasi dan mewujudkan sebuah masyarakat sejahtera yang berlandaskan prinsip-prinsip kebebasan, kesamarataan, keadilan serta persaudaraan sesama manusia.

Politik aliran utama berhaluan kanan yang dipengaruhi hebat oleh kepentingan golongan kapitalis besar sentiasa menggubal dasar-dasar yang mendatangkan masalah ketidakadilan sosial. Kita perlukan alternatif kiri yang mencabar kekuasaan golongan kapitalis ini.

Masalah asas dalam masyarakat kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya sekadar menukar rejim pemerintah, tetapi perlukan perubahan secara menyeluruh dalam sistem politik dan sosio-ekonomi.

Masyarakat kita perlukan nafas baru dalam politik yang berbeza daripada senario politik semasa yang didominasi oleh golongan elit politik yang menjaga kepentingan korporat. Nafas baru politik hanya dapat wujud melalui pemberdayaan rakyat dengan kesedaran politik tentang punca asas permasalahan masyarakat kita dan juga keupayaan rakyat marhaen untuk membawa perubahan.

Agenda utama perjuangan sosialis adalah:

  1. Rakyat marhaen diperkasakan sepenuhnya, dengan menyedari tentang hak dan kuasanya untuk memperjuangkan kepentingan bersama rakyat marhaen serta menentukan nasib diri sendiri, tanpa bergantung pada mana-mana elit politik.
  2. Semua rakyat dapat mengambil bahagian secara aktif dalam proses politik (iaitu membuat keputusan tentang bagaimana menguruskan masyarakat secara bersama) dan sosio-ekonomi (iaitu menguruskan pengeluaran dan pengagihan kekayaan masyarakat secara bersama).
  3. Pengagihan kekayaan masyarakat secara adil, supaya setiap orang dalam masyarakat ini dapat menikmati hasil usaha masyarakat secara bersama dan menjalani kehidupan yang sejahtera. Semua rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi.
  4. “Daripada sesiapa mengikut keupayaan, kepada sesiapa mengikut keperluan.”
  5. Menjadikan ekonomi (iaitu aktiviti mengeluarkan dan mengagihkan kekayaan masyarakat) memenuhi keperluan semua rakyat dalam masyarakat, bukannya untuk keuntungan korporat.
  6. Semua orang bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi, pemerasan, pemaksaan dan penindasan. Masyarakat kita tidak akan bebas selagi masih adanya orang yang tidak bebas.
  7. Mewujudkan masyarakat harmoni di mana semua orang hidup secara sejahtera dengan menitikberatkan nilai-nilai kemanusiaan, persaudaraan, kekitaan dan solidariti sesama manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s