JRM Selangor dan PSM menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah B40 dengan mengambil tindakan yang lebih konkrit dalam melaksanakan skim perumahan yang benar-benar mampu milik bagi golongan B40.
Kerajaan terpesong dari menyediakan perumahan untuk rakyat marhaen
Tanggungjawab kerajaan yang mesra rakyat adalah untuk menekankan perumahan sebagai hak sosial.
Penduduk B40 Cameron Highlands gesa kerajaan bina rumah PPR segera
JRM Cameron Highlands menggesa Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan supaya meluluskan dana untuk pembinaan rumah PPR di Cameron Highlands dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada bulan Februari 2023.
Ulasan mengenai isu perumahan dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030
Cadangan mengenai perumahan kos rendah dan perumahan mampu milik yang terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 mempunyai banyak kelemahan dan tidak memadai dalam menangani masalah perumahan yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang.
Deklarasi Hari Habitat 2022: Perumahan bukan untuk keuntungan
Adalah hak rakyat untuk ditawarkan skim perumahan selesa mampu milik/sewa yang bukan berlandaskan keuntungan.
Perumahan bukan komoditi – Keluarkannya daripada impak pasaran
Kerajaan harus mengambil alih tanggungjawab menyediakan rumah pertama untuk rakyat daripada pihak swasta.
“Rumah untuk dihuni, bukan untuk diniagakan!” – Catatan Forum “Rumah B40: Mampu atau mimpi?”
Perumahan untuk rakyat ialah hak asasi rakyat dan bukannya komoditi untuk digaut keuntungan. Perlindungan hak perumahan rakyat ini hanya boleh dicapai jika kerajaan mengeluarkan perumahan rakyat daripada pasaran bebas yang bermotifkan keuntungan.
Di mana Perumahan Rakyat dalam Belanjawan 2021?
Walaupun Belanjawan Persekutuan 2021 menyatakan bahawa akan memberi perhatian kepada pemilikan rumah untuk golongan B40, tetapi ia hanya berupa retorik dan gagal menangani masalah asas perumahan yang dihadapi oleh golongan rakyat pekerja B40.
Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR
Saleha binti Abdullah, seorang penduduk yang tinggal di Cameron Highlands selama 41 tahun, tidak mampu memiliki rumah kediaman di situ kerana harga rumah yang tinggi, dan hanya boleh membeli rumah PPR. Kaneswary yang tinggal di Cameron Highlands selama 12 tahun juga berkata bahawa dia hanya mampu mendapatkan rumah PPR sewa-beli. Inilah suara hati ramai penduduk … Continue reading Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR
Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands
Tahukah anda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan B40 (berpendapatan terbawah 40%) yang terakhir di Cameron Highlands dibina lebih 40 tahun yang lalu? Tidak ada PPR yang baru dibina sejak itu sehingga kini. Kita sudah berada di tahun 2020, tetapi penduduk B40 di Cameron Highlands masih tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah di … Continue reading Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands