Kita perlukan ADUN yang berani bercakap benar, yang memihak kepada rakyat biasa, yang tidak perlu menjaga kepentingan mana-mana pihak atasan.
Pelaburan asing didahulukan, kesihatan dan kebajikan rakyat terus diabaikan di Petaling Jaya
Ketiadaan hospital awam di Petaling Jaya memaksa penduduk terpaksa memandu jauh ke Shah Alam atau Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Situasi ini menyumbang kepada kesesakan melampau di hospital-hospital tersebut dan memberi tekanan melampau kepada pekerja kesihatan.
Serendah bukan tapak pengekstrakan sumber untuk teknologi global
Pengumuman pembinaan pusat data berskala besar yang bernilai RM1.75 bilion di Bandar Serendah harus dipandang secara kritikal. Apa yang digambarkan sebagai kemajuan teknologi sebenarnya mencerminkan sebuah model pembangunan yang mengalihkan tanah, air dan tenaga di negara kita untuk kepentingan syarikat teknologi global.
