Pada ketika negara kita masih dibelenggu dengan ancaman pandemik dan kemurungan ekonomi, masih wujudnya insiden bank komersial membuli rakyat dan melelongkan rumah golongan B40 tanpa mempertimbangkan keadaan sebenar kehidupan rakyat bawahan.
Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Selangor ambil tanah dan bina rumah yang dijanjikan kepada mereka
Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung di Selangor, telah dijanjikan rumah sendiri sejak tahun 1991, tetapi ditipu oleh pemilik ladang, iaitu syarikat rospell Enterprise Sdn Bhd, yang enggan menunaikan janji membina rumah untuk mereka. Penduduk-penduduk Ladang Bukit Beruntung yang merupakan bekas pekerja di ladang tersebut, diusir keluar dari ladang itu untuk memberi laluan kepada pembangunan Bandar … Continue reading Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Selangor ambil tanah dan bina rumah yang dijanjikan kepada mereka
Di mana Perumahan Rakyat dalam Belanjawan 2021?
Walaupun Belanjawan Persekutuan 2021 menyatakan bahawa akan memberi perhatian kepada pemilikan rumah untuk golongan B40, tetapi ia hanya berupa retorik dan gagal menangani masalah asas perumahan yang dihadapi oleh golongan rakyat pekerja B40.
Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR
Saleha binti Abdullah, seorang penduduk yang tinggal di Cameron Highlands selama 41 tahun, tidak mampu memiliki rumah kediaman di situ kerana harga rumah yang tinggi, dan hanya boleh membeli rumah PPR. Kaneswary yang tinggal di Cameron Highlands selama 12 tahun juga berkata bahawa dia hanya mampu mendapatkan rumah PPR sewa-beli. Inilah suara hati ramai penduduk … Continue reading Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR
Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands
Tahukah anda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan B40 (berpendapatan terbawah 40%) yang terakhir di Cameron Highlands dibina lebih 40 tahun yang lalu? Tidak ada PPR yang baru dibina sejak itu sehingga kini. Kita sudah berada di tahun 2020, tetapi penduduk B40 di Cameron Highlands masih tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah di … Continue reading Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands
Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19
Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19 oleh Biro Perumahan dan Peneroka Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selamat Hari Habitat. Tahun ini merupakan satu tahun yang paling mencabar untuk umat manusia keseluruhannya. Serangan wabak COVID-19 ternyata mengubah landskap dunia hari ini. Hampir semua pergerakan manusia dan alam sekitar terjejas tetapi ternyata manusia sangat kerdil berbanding kekuatan … Continue reading Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19
Lelong rumah diberhentikan selepas protes di hadapan ibupejabat bank RHB
KUALA LUMPUR - 24 SEPTEMBER 2020: Aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan Angamuthu a/l Munusamy, seorang peminjam wang daripada bank RHB, berprotes di hadapan ibupejabat bank RHB di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menggesa pada pihak bank RHB untuk menghentikan proses pelelongan rumah. Pelelongan rumah telah ditangguhkan selepas protes ini. Angamuthu a/l Munusamy, seorang … Continue reading Lelong rumah diberhentikan selepas protes di hadapan ibupejabat bank RHB
Majikan berdegil hendak usir pekerja Ladang Windsor tanpa rumah alternatif
Tiga orang bekas pekerja Ladang Windsor, di Ulu Sepetang, Taiping, Perak, telah menerima notis pengusiran pada 3 September 2020 yang dikeluarkan oleh peguam bagi pihak Tradewinds Plantech Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menguruskan Ladang Windsor yang merupakan milikan Malakoff Corporation Berhad. Ketiga-tiga orang bekas pekerja ini diarahkan untuk mengosongkan rumah yang dihuni mereka di Ladang … Continue reading Majikan berdegil hendak usir pekerja Ladang Windsor tanpa rumah alternatif
Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran
Pekerja-pekerja ladang meminta untuk pelaksanaan skim perumahan tetapi dilayan pula dengan pengusiran paksa daripada pihak pengurusan ladang pada ketika negara kita masih dilanda ancaman pandemik COVID-19. Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Ladang Windsor. 6 orang pekerja Ladang Windsor yang sudah melebihi usia persaraan tetapi masih bekerja secara kontrak telah diberhentikan kerja oleh … Continue reading Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran
Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Pada 27 Julai 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menjelaskan pendirian Kerajaan berkenaan moratorium pinjaman bank apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen. Menteri Kewangan mengumumkan bahawa bank yang beroperasi di Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga … Continue reading Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!