Kenakan cukai lebih tinggi ke atas golongan terkaya untuk tangani ketidakadilan sosial sedunia

Jika golongan elit masyarakat sedunia yang bersidang dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos benar-benar hendak menyelamatkan dunia daripada kehancuran, maka mereka harus menyerahkan kekayaan dan kekuasaan mereka kepada pekerja-pekerja mereka dan rakyat bawahan sedunia – iaitu kelas masyarakat yang benar-benar mempunyai keupayaan dan keterdesakan untuk menangani cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia kita.

Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal

Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.

6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion