Sejak tahun 2016, lebih daripada 10,000 orang anggota HDP telah ditangkap dengan pelbagai alasan dan pertuduhan yang direkakan untuk menjustifikasi penindasan secara sistematik terhadap parti berhaluan kiri tersebut. Pada masa ini, terdapat lebih 4,000 orang anggota HDP masih berada di dalam penjara.
Turki: Demokrasi terus diancam dengan perbicaraan pertunjukan terhadap HDP
Perbicaraan pertunjukan terhadap 108 orang pemimpin HDP yang akan diadakan pada 26 April 2021 merupakan sebahagian daripada plot untuk menghancurkan gerakan pembangkang demokratik berhaluan kiri yang paling besar di negara Turki pada masa kini. Selahattin Demirtaş, bekas Pengerusi HDP, seorang sahaja bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15,000 tahun sekiranya disabit kesalahan dalam kes Kobanî!
Turki: Parti Demokratik Rakyat diancam pengharaman oleh rejim autoritarian
Kerajaan Turki di bawah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdoğan yang semakin bersifat authoritarian sedang mencuba untuk menghancurkan parti pembangkang berhaluan kiri yang utama di negara itu, dengan tindakan terbarunya adalah melancarkan prosiding mahkamah untuk mengharamkan Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang mendapat sokongan daripada jutaan rakyat Turki. Pada 17 Mac 2021, pihak pendakwaraya Turki telah memfailkan … Continue reading Turki: Parti Demokratik Rakyat diancam pengharaman oleh rejim autoritarian
Turki: Rejim Erdogan lancar penangkapan besar-besaran terhadap anggota HDP
Kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdoğan sedang melancarkan serangan terbaru terhadap Parti Demokratik Rakyat (Halkların Demokratik Partisi, HDP), parti politik berhaluan kiri yang merupakan parti ketiga besar dalam Parlimen Turki. Ketua Pendakwaraya di Ankara mengeluarkan waran tangkap pada 25 September 2020 terhadap 82 orang anggota HDP. Ramai orang dalam senarai waran tangkap telah ditahan atas alasan … Continue reading Turki: Rejim Erdogan lancar penangkapan besar-besaran terhadap anggota HDP
Berapa banyak lagi nyawa perlu hilang sebelum dunia buka mata terhadap penindasan di Papua Barat?
Papua Barat masih dilanda dengan protes dan tindakan keganasan daripada pihak berkuasa Indonesia beberapa hari yang lalu, dengan ramai orang mati dan cedera. Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid, menyifatkan 23 September 2019 sebagai “salah satu hari yang paling berdarah dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini di Papua”. Angka kematian yang diumumkan oleh pihak … Continue reading Berapa banyak lagi nyawa perlu hilang sebelum dunia buka mata terhadap penindasan di Papua Barat?
Mesir: Gelombang protes hadapi penindasan rejim kuku besi al-Sisi
Medan Tahrir di bandar Kaherah dibanjiri oleh demonstran pada hari Jumaat, dengan slogan tuntutan untuk menjatuhkan rejim yang memerintah. Babak ini tidak asing bagi ramai orang pada tahun 2011 ketika berlakunya kebangkitan rakyat dunia Arab yang digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Babak ini telah “diulang tayang” baru-baru ini, apabila ribuan orang, dengan kebanyakannya anak … Continue reading Mesir: Gelombang protes hadapi penindasan rejim kuku besi al-Sisi
West Papua: Rakyat Papua bangkit tolak rasisme dan penindasan kerajaan Indonesia
Ribuan rakyat Papua berprotes di jalanan pada hari ini (19 Ogos 2019) untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap penindasan kerajaan Indonesia dan sikap rasis yang ditunjukkan oleh pegawai kerajaan Indonesia terhadap orang Papua. Dilaporkan bahawa adanya demonstran membakar bangunan parlimen tempatan di Manokwari, ibu kota provinsi Papua Barat. Seluruh bandar Manokwari telah dilumpuhkan kerana protes rakyat … Continue reading West Papua: Rakyat Papua bangkit tolak rasisme dan penindasan kerajaan Indonesia