Sejak tahun 2020, 5 orang yang terkaya di dunia (semuanya lelaki) telah melipatgandakan kekayaan mereka, tetapi pada masa yang sama, hampir 5 bilion orang atau 60% penduduk dunia yang termiskin di dunia menjadi semakin miskin.
Kekayaan 10 orang terkaya berlipat ganda semasa pandemik tetapi pendapatan 99% rakyat dunia merosot
10 orang lelaki terkaya di dunia telah melipatgandakan kekayaan mereka dalam tempoh masa dua tahun penularan pandemik, sedangkan pendapatan 99% rakyat sedunia telah merosot. Sekurang-kurangnya 21,000 orang mati setiap hari, atau seorang setiap 4 saat, akibat daripada ketidaksamarataan yang wujud di dunia.
Golongan terkaya di Malaysia 14% lebih kaya, bagaimana pula dengan rakyat biasa?
50 orang bilionair (semuanya lelaki) yang terkaya di Malaysia dalam senarai Forbes pada ketika ini telah mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan mereka sebanyak 14% berbanding tahun yang lalu, walaupun ekonomi negara kita telah mengecut sebanyak 5.6% pada tahun 2020.
Orang miskin bukannya simpan rasa iri hati pada orang kaya, mereka hanya mahukan kehidupan yang memuaskan
oleh S. Arutchelvan Kecaman Mahathir terhadap orang miskin semasa menyampaikan ucapannya dalam program perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada 6 Januari 2020, menunjukkan ketiadaan kemanusiaan dalam kenyataannya dan menghina jutaan pekerja dan rakyat yang bekerja keras setiap hari hanya untuk hidup. Hanya seseorang dengan minda Trump akan memuji ucapan yang menghina dan merendah-rendahkan … Continue reading Orang miskin bukannya simpan rasa iri hati pada orang kaya, mereka hanya mahukan kehidupan yang memuaskan
6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion
6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion
(Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja
Kekayaan yang dicipta oleh pekerja yang dibayar semula sebahagiannya dalam bentuk gaji kepada pekerja. Namun, apabila pekerja dibayar dengan gaji yang rendah, pengagihan kekayaan akan menjadi semakin tidak adil. Maka, jurang antara yang kaya dengan yang miskin turut akan semakin melebar! Tandatangani petisyen “Kenaikan Gaji Minimum hanya RM50 menghina pekerja! Kaji semula kenaikan gaji minimum!”: … Continue reading (Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja