Pelancongan perubatan bukan penyelesaian kepada krisis sistem kesihatan, sebaliknya jejaskan kesihatan awam

Pelancongan perubatan hanya memanfaatkan hospital swasta, pelabur dan golongan kaya, bukannya rakyat biasa. Hasil yang dijana daripada pelancong kesihatan luar negara tidak akan kembali kepada hospital awam. Sebaliknya, keuntungan ini diedarkan dalam kalangan syarikat korporat dan pemegang saham, sementara sistem kesihatan awam kekal kekurangan dana dan dibebankan secara berlebihan.

PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang telah berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yew pada 14 Disember 2018 untuk membincangkan isu-isu dasar negeri Pulau Pinang. Satu memorandum daripada PSM Pulau Pinang yang menyenaraikan 6 isu penting berkenaan dengan halatuju pembangunan Pulau Pinang telah diserahkan kepada Ketua Menteri. Walaupun PSM Pulau … Continue reading PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri

Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan anggota-anggota Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pada 15 November 2018 untuk menyampaikan pandangan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh sistem kesihatan awam di negara kita, termasuk penghijrahan doktor pakar dari sektor awam ke swasta, skim insurans kesihatan sosial yang bermasalah, … Continue reading Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam

Jangan jadikan Pulau Pinang pengkalan terdepan untuk kemusnahan perkhidmatan kesihatan awam

(Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM Pulau Pinang pada 19 November 2018 berkenaan dengan Deraf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030) Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang amat khuatir dengan Deraf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (DRSNPP 2030) yang masih memasukkan pelancongan kesihatan sebagai langkah untuk pelaksanaan dasar perancangan yang bakal mendatangkan ancaman … Continue reading Jangan jadikan Pulau Pinang pengkalan terdepan untuk kemusnahan perkhidmatan kesihatan awam