Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

KUALA LUMPUR: Gabungan Tuntut IPCMC telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 April 2019, untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen dengan tuntutan pelaksanaan segera penubuhan Suruhanjaya Besa Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Wakil daripada masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan polis telah hadir dalam aksi ini. Baru-baru ini, … Continue reading Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050

"Menetapkan kadar gaji minimum boleh memberikan kesan positif kepada pekerjaan dan kestabilan industri dan merupakan satu kaedah membasmi kemiskinan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk melaksanakannya dan beberapa ketetapan perlu dipatuhi. Salah satunya adalah dialog sosial." - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2002 Berikut ialah memorandum bersama menuntut kaji semula gaji minimum yang diserahkan oleh Gabungan … Continue reading Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050

(Galeri gambar) Aksi protes gaji minimum di depan Parlimen

Satu aksi protes membantah kenaikan gaji minimum yang tidak mencukupi telah berlangsung pada 17 Oktober 2018. Protes anjuran Gabungan Bantah RM1050 ini disertai oleh ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis-aktivis sosial dan pekerja-pekerja biasa, yang membawa tuntutan pekerja untuk gaji yang adil dengan sepanduk yang berwarna-warni dan laungan yang penuh bersemangat. Berikut ialah koleksi gambar-gambar yang diambil … Continue reading (Galeri gambar) Aksi protes gaji minimum di depan Parlimen

Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen

KUALA LUMPUR – 17 OKTOBER 2018: Lebih 300 orang telah berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini, untuk membantah kenaikan gaji minimum RM 50 yang amat sedikit. Laungan slogan seperti “Bantah 1050!”, “Jangan hina pekerja!”, “Gaji rendah, pekerja susah!” kuat kedengaran di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen, di samping pelbagai sepanduk yang tertulis … Continue reading Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen