Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta

Selepas gelombang protes besar-besaran beberapa bulan kebelakangan ini dan pemberontakan oleh sebahagian pegawai dalam Angkatan Tentera Mali, Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keïta, mengumumkan perletakan jawatannya dalam siaran televisyen pada 19 Ogos 2020, di samping membubarkan kerajaan dan parlimen. Keïta berkata, “Saya tidak mahu pertumpahan darah untuk kekalkan kuasa saya.” Kudeta tentera yang terbaru di negara … Continue reading Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta

Imperialisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Continue reading Imperialisme

Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?

16 September setiap tahun ialah Hari Malaysia, iaitu hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tahukah anda bahawa Malaysia dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia? Tahukah anda pula bahawa Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani di mana-mana tempat di Malaysia, sebaliknya di London, ibu negara United Kingdom? Kemerdekaan negara-negara yang dijajah dan proses penyahjajahan merupakan satu trend … Continue reading Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?

55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis