Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

“Setiap revolusi bermakna perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi masa belum lagi matang untuk perubahan sebegini, tiada revolusi yang sebenar akan berlaku. Seperti mana-mana perubahan dalam kehidupan seseorang individu mengajarnya tentang pelbagai perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan tekanan emosi yang hebat, maka revolusi mengajar seluruh rakyat pelajaran yang sangat kaya … Continue reading Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

Leon Trotsky: Revolusioner yang dipadamkan oleh Stalinis

80 tahun dahulu, pada 20 Ogos 1940, Leon Trotsky, seorang tokoh revolusioner Rusia yang pernah memainkan peranan amat penting dalam Revolusi Oktober 1917 tetapi terpaksa hidup dalam buangan di Mexico pada masa itu, telah diserang oleh seorang ejen NKVD (polis rahsia Kesatuan Soviet) yang bertindak di bawah arahan Joseph Stalin. Ejen pembunuh itu menyerang Trotsky … Continue reading Leon Trotsky: Revolusioner yang dipadamkan oleh Stalinis

Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?