Jawapan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan terhadap soalan mengenai peruntukan bajet untuk pembinaan rumah bagi pekerja-pekerja di 5 buah ladang itu adalah tidak fokus dan tidak bertanggungjawab.
Tunaikan janji pilihan raya: Ambil alih penyelenggaraan flat kos rendah!
Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen menggesa kerajaan supaya menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-15 dengan mengambil alih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah.
Penduduk B40 Cameron Highlands gesa kerajaan bina rumah PPR segera
JRM Cameron Highlands menggesa Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan supaya meluluskan dana untuk pembinaan rumah PPR di Cameron Highlands dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada bulan Februari 2023.
Bekas pekerja 5 ladang di Selangor diancam pengusiran
Lebih 80 orang bekas pekerja ladang di 5 buah ladang di Daerah Hulu Selangor dan Daerah Kuala Selangor diancam pengusiran daripada pihak pemaju sedangkan janji untuk membina rumah alternatif bagi mereka masih belum ditunaikan lagi.
Pekerja 5 ladang di Batang Berjuntai mahu Menteri Perumahan percepatkan penyelesaian masalah perumahan
PUTRAJAYA: Wakil pekerja dari 5 buah ladang di Batang Berjuntai (Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar) telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 12 April 2019, untuk menyerahkan surat terkini daripada syarikat Berjaya dan memaklumkan perkembangan terkini supaya KPKT mengambil tindakan untuk mempercepatkan proses … Continue reading Pekerja 5 ladang di Batang Berjuntai mahu Menteri Perumahan percepatkan penyelesaian masalah perumahan