Satu persetujuan gencatan senjata dan pertukaran tahanan telah dicapai antara Hamas dan Israel, selepas proses rundingan dengan kerajaan Qatar sebagai pengantara.
Syria: Rejim Assad dijatuhkan tetapi masa hadapan tidak menentu
Kejatuhan rejim Bashar al-Assad selepas Perang Saudara Syria yang sudah berlarutan selama 13 tahun ini, bukannya sesuatu yang tidak dijangkakan.
Palestin: Penentangan terhadap penjajahan Israel sedang memuncak
Konflik di Timur Tengah yang melibatkan Palestin akan menjadi lebih meruncing lagi dengan peningkatan keganasan berikutan penentangan rakyat Palestin yang memuncak dan serangan ketenteraan Israel yang lebih hebat terhadap rakyat Palestin.
Sudan: Konflik berdarah tercetus daripada perbalahan dalaman golongan berkuasa
Konflik bersenjara terbaru di Sudan ialah pertempuan antara dua puak dalam kalangan golongan pemerintah yang reaksioner untuk menentukan kumpulan samseng yang mana satu akan memiliki kuasa supaya dapat terus merompak negara Sudan.
Setahun pencerobohan Rusia ke atas Ukraine
Perang di Ukraine perlu ditamatkan sekiranya kita hendak mengelakkan kesan-kesan bersifat malapetaka yang lebih lanjut. Konflik ketenteraan yang berpanjangan tidak akan memanfaatkan sesiapa pun kecuali pembuat senjata atau kompleks ketenteraan-perindustrian.
Persoalan Taiwan: Pertembungan kuasa besar dunia dan cabaran kepada keamanan serantau
Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.
Rusia serang Ukraine: Persaingan kuasa imperialis memuncak di Eropah Timur
Konflik di Eropah Timur hanya boleh diselesaikan melalui rundingan bersama yang berasaskan semangat saling hormat-menghormati, bukannya melalui ancaman serang-menyerang menggunakan keganasan perang. Oleh itu, kita harus menolak perang di Ukraine. Kita harus membantah serangan tentera Rusia ke atas Ukraine. Kita harus membantah campurtangan kuasa imperialis AS yang memburukkan lagi konflik serantau. Rakyat Ukraine berhak menikmati hak kebebasan mereka untuk menentukan nasib sendiri, begitu juga dengan rakyat di wilayah Donbas.
Israel mengganas lagi terhadap rakyat Palestin
Dari pengusiran paksa terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur sehingga serangan udara ke atas Gaza, Kerajaan Israel mengganas lagi terhadap rakyat Palestin baru-baru ini dan menjadikan konflik Palestin-Israel memuncak ke tahap yang paling serius sejak Perang Gaza 2014.
Sahara Barat: Maghribi langgar perjanjian gencatan senjata 3-dekad
Aktivis-aktivis daripada gerakan sosial di Venezuela berkumpul di Caracas pada 16 November 2020 untuk menyatakan solidari bersama rakyat Sahrawi dan membantah serangan tentera Maghribi. (Foto: Instituto Simón Bolívar) Kerajaan Maghribi melancarkan serangan ketenteraan pada 13 November 2020 ke atas Guerguerat, sebuah perkampungan Sahrawi yang terletak di hujung Barat Daya Sahara Barat, sekali gus melanggar perjanjian … Continue reading Sahara Barat: Maghribi langgar perjanjian gencatan senjata 3-dekad
Konflik Nagorno-Karabakh semakin meruncing
Pertempuran bersenjata tercetus semula di wilayah Nagorno-Karabakh sejak 27 September 2020. Konflik terbaru di wilayah bergunung-ganang yang terletak di Selatan Kaukasus ini, merupakan krisis perang yang paling serius di wilayah yang dipertikaikan dan mempunyai konflik berlarutan ini sejak “Perang Empat Hari” yang berlaku pada bulan April 2016. Konflik di Nagorno-Karabakh bukan sahaja pertembungan antara kumpulan … Continue reading Konflik Nagorno-Karabakh semakin meruncing