Ternyata sekali, polemik pengumuman Muhyiddin adalah semata-mata untuk menyelamatkan bahteranya yang sedang tenggelam. Kita tidak perlu memberi talian hayat kepada pentadbiran ini dengan harapan mereka akan membawa reformasi yang dicadangkan. Mereka tidak pernah jujur dan besar kemungkinan tidak akan jujur pada masa akan datang.
#CodeBlackMY: Solidariti bersama dengan doktor kontrak yang tuntut jaminan kerja
Isu pegawai perubatan kerajaan kontrak di hospital kerajaan yang menuntut penukaran status kepada jawatan tetap telah menjadi hangat baru-baru ini, dengan kempen tanda pagar #CodeBlackMy menular di media sosial baru-baru ini.
Tindakan segera harus diambil untuk elakkan keruntuhan sistem kesihatan di Lembah Klang
Forum Kesihatan Rakyat menyeru kepada Kerajaan supaya mengambil langkah-langkah segera untuk mengelakkan keruntuhan perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang, memandangkan wad jagaan rapi untuk pesakit-pesakit COVID-19 telah mencecah kapasiti maksimumnya.
Jika bukan sekarang, bila lagi? – Masyarakat sivil gesa Kerajaan Malaysia sokong penepian hak harta intelek WTO
Penggantungan penguatkuasaan hak harta intelek di bawah TRIPS akan membebaskan teknologi-teknologi perubatan dan membenarkan lebih banyak pengeluar, termasuk pengeluar-pengeluar di negara-negara sedang membangun, untuk mempercepatkan dan meningkatkan pengeluaran vaksin, ubat-ubatan, diagnostik, ventilator dan produk perubatan lain yang diperlukan untuk menangani COVID-19.
Hari Kesihatan Sedunia 2021: Lindungi kesihatan rakyat dunia daripada ancaman virus kapitalis
Krisis pandemik COVID-19 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya untuk sebuah sistem kesihatan awam yang sempurna dalam melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat. Krisis ini juga membongkarkan hakikat bahawa sistem ekonomi kapitalis yang mendominasi dunia kita hari ini telah gagal sepenuhnya dalam mewujudkan sistem kesihatan awam yang mampu menyelamatkan rakyat dunia daripada ancaman kesihatan yang berterusan.
Manifesto Antarabangsa untuk Kehidupan
Dengan menyatukan kuasa rakyat yang anti-imperialis di seluruh dunia, kita boleh memajukan perjuangan kita dalam mempertahankan kemanusiaan daripada ancaman kapitalisme.
Masa depan Malaysia bergantung kepada vaksinasi terhadap COVID-19
Program vaksinasi besar-besaran bukan sahaja satu keperluan, malah harus dilaksanakan pada kadar segera.
Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat perbincangan yang sedang berlaku di Malaysia mengenai sama ada kita patut menawarkan pemvaksinan COVID-19 secara percuma kepada pekerja-pekerja migran yang berada di Malaysia atau tidak. Sesetengah warga Malaysia marah tentang wang cukai kita yang mungkin akan digunakan untuk mensubsidi pekerja-pekerja migran ini khususnya mereka yang tidak berdokumen. Sesetengah orang pula … Continue reading Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok
Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?
Negeri Kerala yang terletak di bahagian barat daya India, merupakan negeri pertama di India yang melaporkan kes COVID-19 di mana kes pertamanya dikesan pada 30 Januari 2020, tetapi selepas tiga bulan setengah berlalu, setakat 15 Mei 2020, Kerala yang berjumlah penduduk lebih 34 juta orang hanya mencatatkan 560 kes jangkitan COVID-19, dan 4 kematian, iaitu … Continue reading Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?