MARHAEN lancar tuntutan rakyat untuk PRU-15

KUALA LUMPUR – 17 SEPTEMBER 2022: Gabungan Marhaen melancarkan tuntutan rakyat marhaen yang merangkumi 12 sektor masyarakat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam satu aksi perhimpunan di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, pada hari ini bersempena sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia. Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia disambut pada 17 Oktober di peringkat antarabangsa … Continue reading MARHAEN lancar tuntutan rakyat untuk PRU-15

Kemiskinan hanya dapat diatasi apabila rakyat terbanyak faham punca sebenarnya dan bersatu untuk perjuangkan perubahan – Catatan Forum Pakar “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang sebenar hari ini telah berjaya meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding 50 tahun dahulu, tetapi ramai dalam kalangan rakyat masih hidup dalam kesusahan, malah terus dibelenggu kemiskinan. Kenapa kita masih tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan sedangkan negara kita sudah semakin kaya? Inilah salah satu persoalan yang dikupas dalam forum pakar mengenai kemiskinan anjuran Gabungan Marhaen.

Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

Gabungan Marhaen (MARHAEN) akan mengadakan satu siri aktiviti atas talian 6 hari berturut-turut, dari 12 hingga 17 Oktober 2021, untuk mengetengahkan keluhan masyarakat akar umbi dan tuntutan rakyat untuk pembaharuan sosial yang boleh menjamin kesejahteraan bersama. (Daftar untuk menyertai Himpunan Marhaen 2021 di sini.) Pengumuman siri aktiviti yang dikenali sebagai “Himpunan Marhaen 2021” ini dibuat … Continue reading Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19

(sumber gambar: UNICEF Malaysia) Penularan wabak COVID-19 telah membawa impak yang besar kepada kehidupan masyarakat kita, dan yang paling terjejas ialah golongan berpendapatan rendah. Sebuah kajian yang dilakukan secara bersama oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi separuh daripada isi rumah berpendapatan rendah di … Continue reading Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19

Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

1,000 orang yang terkaya di dunia pulih daripada kerugian mereka kerana pandemik COVID-19 dalam tempoh hanya 9 bulan, tetapi berbilion-bilion orang yang termiskin di dunia pula perlu mengambil masa lebih 10 tahun untuk pulih daripada impak ekonomi pandemik yang melanda setahun yang lepas. Inilah fakta yang didedahkan dalam laporan Oxfam yang terbaru. Oxfam ialah sebuah … Continue reading Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang menyarankan kepada pekerja bahawa “lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja". Kenyataan ini akan memberanikan lagi majikan untuk menekan gaji pekerja padahal pemotongan gaji sudah pun berlaku secara berleluasa sekarang. PSM … Continue reading Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

Garis kemiskinan Malaysia tidak cerminkan realiti, kata pakar PBB

Dakwaan Kerajaan Malaysia bahawa negara kita mencatat kadar kemiskinan negara yang terendah di dunia, telah dipertikai oleh Philip Alston selaku Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia. Pakar hak asasi manusia PBB tersebut menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia menetapkan pendapatan garis kemiskinan yang terlalu rendah yang tidak mencerminkan kos sara … Continue reading Garis kemiskinan Malaysia tidak cerminkan realiti, kata pakar PBB