Aktivis-aktivis PSM berprotes di hadapan Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur untuk menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Rusia yang melancarkan serangan ketenteraan ke atas Ukraine baru-baru ini.
Penghasut perang No. 1 nak cari gaduh dengan Rusia di Eropah Timur
Krisis di Ukraine pada masa kini berpunca daripada kegagalan kuasa imperialis Amerika Syarikat dalam berpegang pada janjinya kepada Mikhail Gorbachev pada awal tahun 1990-an bahawa NATO tidak akan bergerak satu inci pun ke timur.
AUKUS mengancam keamanan Asia-Pasifik
Pembentukan AUKUS bakal mencetuskan persaingan persenjataan. Rantau Asia-Pasifik menjadi semakin tidak selamat kerana “pakatan keselamatan” antara kuasa besar.
Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran
Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran
Dunia lebih selamat dengan Tentera Angkasa?
Ketika filem Star Wars terbaru sedang ditayangkan di pawagam di seluruh dunia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani rang undang-undang perbelanjaan pertahanan AS tahun 2020 yang baru diluluskan oleh Kongres AS, yang termasuk kelulusan untuk pembentukan cabang tentera AS yang keenam, “Tentera Angkasa Amerika Syarikat” (United States Space Force, USSF). Sama ada USSF ini … Continue reading Dunia lebih selamat dengan Tentera Angkasa?
Imperialisme
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Continue reading Imperialisme