KDN sekat hak pengawal keselamatan untuk berhimpun – sesuatu yang tidak masuk akal

Kementerian Dalam Negeri (KDN) cuba menyekat hak pekerja untuk berhimpun dan menyuarakan tuntutan mereka dengan cara mengeluarkan surat peringatan kepada pihak majikan supaya tidak membenarkan pekerja berhimpun. KDN telah mengeluarkan sepucuk surat kepada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) (dalam surat ditulis sebagai Persatuan Industri Kawalan Keselamatan) pada 30 Januari 2019 dengan tajuk “Peringatan kepada … Continue reading KDN sekat hak pengawal keselamatan untuk berhimpun – sesuatu yang tidak masuk akal

Pekerja kontrak di sekolah kerajaan tiada jaminan kerja – Menteri Pendidikan perlu perbetulkan keadaan

PUTRAJAYA – 31 JANUARI 2019: Pekerja-pekerja dan aktivis-aktivis yang bergabung dalam Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan mengadakan aksi protes dan penyerahan memorandum pada hari ini di Kementerian Pendidikan, berkaitan dengan isu pemberhentian kerja kontrak secara tergempar di sekolah-sekolah kerajaan baru-baru ini. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Pendidikan telah diterima oleh Ainul Ridzwan Zainudin, Timbalan Setiausaha Bahagian … Continue reading Pekerja kontrak di sekolah kerajaan tiada jaminan kerja – Menteri Pendidikan perlu perbetulkan keadaan

Pengawal keselamatan Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji 3 bulan! – Kerajaan harus bertanggungjawab!

oleh Sivaranjani Manickam Semasa membuat kajian dan pemantauan pekerja kontrak di beberapa hospital kerajaan, aktivis PSM terkejut apabila mendapati bahawa pekerja-pekerja kawalan keselamatan di Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji untuk tiga bulan! Ini merupakan sesuatu yang memalukan kerana penindasan terhadap pekerja berlaku secara terang-terang di pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Kini, hanya polis bantuan berdiri di … Continue reading Pengawal keselamatan Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji 3 bulan! – Kerajaan harus bertanggungjawab!

Syarikat Ciscorp (M) Sdn Bhd guna taktik kotor buang kerja pengawal keselamatan

PUTRAJAYA – Pekerja-pekerja kawalan keselamatan daripada Semerak Services Sdn Bhd / Ciscorp (M) Sdn Bhd telah hadir ke pejabat Kementerian Sumber Manusia pada 23 Oktober 2018, untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia Kula Segaran, berkenaan dengan isu pembuangan kerja yang dilakukan oleh majikan secara manipulasi. Turut bersama dengan pekerja-pekerja kawalan keselamatan yang diberhentikan kerja … Continue reading Syarikat Ciscorp (M) Sdn Bhd guna taktik kotor buang kerja pengawal keselamatan

Lagi pekerja kontrak dimangsakan! – Sistem penyumberan luar di sektor awam terus aniayai pekerja

oleh Sivaranjani Manickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat risau dengan penganiayaan yang berterusan terhadap pekerja kontrak. Menurut laporan suratkhabar The Star pada 14 Oktober 2018, pekerja-pekerja pengawal keselamatan sekolah kerajaan di sekitar Machang dan Kota Bharu, Kelantan, mengadakan protes di depan Pejabat Pendidikan Daerah kerana kontraktor ataupun majikan yang mengupah mereka tidak membayar gaji sejak … Continue reading Lagi pekerja kontrak dimangsakan! – Sistem penyumberan luar di sektor awam terus aniayai pekerja

Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun

oleh S. Arutchelvan Pada pagi 28 September 2018, saya tidak dibenarkan untuk masuk ke mesyuarat runding damai yang dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusaahaan (JPP) dalam kes antara seorang bekas pekerja di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan AS itu sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai JPP bahawa Kedutaan AS telah membantah kehadiran saya. Saya terkejut kerana … Continue reading Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun

Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan

Shazni ialah seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di sebuah sekolah kebangsaan untuk selama 10 tahun. Gaji sebulannya lebih kurang RM 1,800. Dia bekerja 12 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Jika Shazni mahu berehat untuk satu hari, dia perlu mencari seorang pengganti dengan membayarnya RM 50 sehari. Shazni tidak diupah terus oleh kerajaan walaupun … Continue reading Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan