Bagaimana sistem kapitalis bermula?

Apakah asal usul mod pengeluaran kapitalis? Bagaimana masyarakat kapitalis itu bermula? Masyarakat kapitalis terjadi hasil daripada perkembangan 3 perkara: i. Pemisahan antara pengeluar dengan sumber pengeluaran ii. Kemunculan kelas kapitalis iii. Kemunculan kelas pekerja Ketiga-tiga perkara ini telah menghasilkan mod pengeluaran kapitalis, sementara itu juga menjadi ciri asas kepada sistem kapitalis itu. Pemisahan antara pengeluar … Continue reading Bagaimana sistem kapitalis bermula?

UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Nilai Surplus dan Modal

Nilai surplus atau nilai lebihan, adalah barangan surplus dalam bentuk matawang. Di bawah sistem kapitalis, nilai surplus adalah bahagian nilai dalam bentuk matawang yang dihasilkan oleh pekerja tanpa pulangan untuk dinikmati sepenuhnya oleh pemilik alat pengeluaran (iaitu kapitalis). Kapitalis, iaitu orang yang memiliki modal, membeli tenaga buruh pekerja, dan membayarnya dengan gaji. Dengan itu, kapitalis … Continue reading Nilai Surplus dan Modal

Kenapa masih perlu baca Das Kapital?

Buku “Das Kapital” yang diterbitkan pada tahun 1867, merupakan salah satu karya pemikiran Karl Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari … Continue reading Kenapa masih perlu baca Das Kapital?