Sejak tahun 2020, 5 orang yang terkaya di dunia (semuanya lelaki) telah melipatgandakan kekayaan mereka, tetapi pada masa yang sama, hampir 5 bilion orang atau 60% penduduk dunia yang termiskin di dunia menjadi semakin miskin.
Pendirian MEF yang tolak peningkatan gaji minimum adalah mengarut
Malaysia mempunyai jurang pendapatan yang sangat besar. Peningkatan dalam gaji minimum akan dapat sedikit sebanyak mengurangkan jurang ketidaksamarataan ini.
Kekayaan 10 orang terkaya berlipat ganda semasa pandemik tetapi pendapatan 99% rakyat dunia merosot
10 orang lelaki terkaya di dunia telah melipatgandakan kekayaan mereka dalam tempoh masa dua tahun penularan pandemik, sedangkan pendapatan 99% rakyat sedunia telah merosot. Sekurang-kurangnya 21,000 orang mati setiap hari, atau seorang setiap 4 saat, akibat daripada ketidaksamarataan yang wujud di dunia.
Golongan terkaya di Malaysia 14% lebih kaya, bagaimana pula dengan rakyat biasa?
50 orang bilionair (semuanya lelaki) yang terkaya di Malaysia dalam senarai Forbes pada ketika ini telah mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan mereka sebanyak 14% berbanding tahun yang lalu, walaupun ekonomi negara kita telah mengecut sebanyak 5.6% pada tahun 2020.
Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia
1,000 orang yang terkaya di dunia pulih daripada kerugian mereka kerana pandemik COVID-19 dalam tempoh hanya 9 bulan, tetapi berbilion-bilion orang yang termiskin di dunia pula perlu mengambil masa lebih 10 tahun untuk pulih daripada impak ekonomi pandemik yang melanda setahun yang lepas. Inilah fakta yang didedahkan dalam laporan Oxfam yang terbaru. Oxfam ialah sebuah … Continue reading Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia
Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika
“Ketidaksamarataan ekonomi telah hilang kawalan.” Begitu katanya laporan terbaru terbitan Oxfam yang bertajuk “Masa untuk peduli: Kerja penjagaan yang tidak dibayar dan dibayar gaji yang rendah dan krisis ketidaksamarataan global” (Time to care: Unpaid and underpaid care work and the global inequality crisis). Oxfam ialah sebuah badan bukan kerajaan bantuan kebajikan antarabangsa yang memfokus pada usaha membasmi … Continue reading Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika