Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan

IPOH, PERAK - 17 MEI 2019: Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan mengadakan satu aksi protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada hari ini, untuk membantah terhadap penganiayaan ahli kesatuan oleh pihak majikan. Laungan slogan "Hidup kesatuan!",  "Hidup Pekerja!', "Henti! Henti! Henti Ugutan!",  "Jangan! Jangan buli pekerja!" kedengaran di hadapan bangunan KWSP di mana terletaknya pejabat … Continue reading Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan

Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar dapat selamatkan kerja mereka

IPOH, PERAK: 7 orang ibu yang juga merupakan pekerja pembersihan, telah membuat aduan polis di Balai Polis Ipoh, pada Hari Ibu ini, iaitu 12 Mei 2019. Ketujuh-tujuh orang pekerja pembersihan ini bekerja di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Mereka telah dianiayai dan dimangsakan oleh pihak majikan, serta diberitahu akan dibuang kerja pada 15 Mei 2019. Ancaman … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar dapat selamatkan kerja mereka

Mahkamah batalkan saman majikan, pemandu lori menang kes caruman KWSP

Pada awal tahun 2017, Gabungan Pemandu Lori telah membuat aduan di ibupejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap 9 buah syarikat pengangkutan kerana membuat caruman mengikut jumlah yang sepatutnya. Salah sebuah syarikat ialah Teik Joo Chan Sdn Bhd. Selepas penyiasatan, KWSP mendapati syarikat Teik Joo Chan Sdn Bhd  bertanggungjawab dan mengarahkan pihak majikan untuk membayar … Continue reading Mahkamah batalkan saman majikan, pemandu lori menang kes caruman KWSP

Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar protes tuntut hak

IPOH – 17 APRIL 2019: Pekerja-pekerja pembersihan dari Politeknik Ungku Omar telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak pagi tadi, untuk membantah terhadap penindasan oleh majikan dan kegagalan Jabatan Tenaga Kerja dalam menyelesaikan aduan mereka. Pekerja-pekerja ini diupah oleh kontraktor yang mendapat kontrak pembersihan untuk Politeknik Ungku Omar. Seramai 7 … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar protes tuntut hak

Bukit Kledang digondol, pihak berkuasa Perak gagal laksana tanggungjawab

IPOH – 9 FEBRUARI 2019: Aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan polis pada hari ini terhadap Kerajaan Negeri Perak kerana membiarkan pembersihan hampir 10 hektar tanah hutan simpan dan penanaman kelapa sawit di Bukit Kledang Saiong. Aduan polis tersebut dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh. Rombongan PSM diketuai oleh R. Mohanarani, Ahli Jawatankuasa Pusat … Continue reading Bukit Kledang digondol, pihak berkuasa Perak gagal laksana tanggungjawab