Negara bukannya sentiasa wujud, tetapi muncul pada peringkat sejarah yang tertentu dalam perkembangan masyarakat manusia. Negara hanya muncul pada waktu dan tempat di mana wujudnya percanggahan atau pertentangan antara kelas yang menindas dengan kelas yang ditindas.
Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar
“Setiap revolusi bermakna perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi masa belum lagi matang untuk perubahan sebegini, tiada revolusi yang sebenar akan berlaku. Seperti mana-mana perubahan dalam kehidupan seseorang individu mengajarnya tentang pelbagai perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan tekanan emosi yang hebat, maka revolusi mengajar seluruh rakyat pelajaran yang sangat kaya … Continue reading Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar
Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?
Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?
Imperialisme
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Continue reading Imperialisme
Kapitalisme dan perkauman
Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman
Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?
Perjuangan kelas merupakan penggerak sejarah masyarakat manusia. Perjuangan kelas telah membawa perubahan kepada masyarakat kita dalam pelbagai aspek.
Revolusi Rusia 1917
Revolusi Rusia merupakan peristiwa politik yang amat penting dalam abad ke-20. Revolusi Rusia bukan sahaja menggegarkan seluruh negara Rusia, tetapi juga membentuk sejarah dunia yang menjangkaui hampir keseluruhan abad ke-20.
Teori Gelombang Panjang
Sejak kewujudannya, perkembangan ekonomi kapitalis berlaku secara tidak seimbang, dan bukannya dalam satu garis lurus. Ekonomi kapitalis tidak bergerak menuju ke depan secara berterusan, licin dan stabil. Era pengembangan ekonomi dan era kemelesetan ekonomi muncul secara selang-seli. Selain daripada turun-naik jangka masa pendek dalam kitaran perniagaan (business cycle, di mana muncul hampir setiap 10 tahun sekali sebelum … Continue reading Teori Gelombang Panjang
Hutang
Jika seseorang itu tiada wang untuk membeli sesuatu barang, dia pergi meminjam wang daripada seorang yang lain. Orang yang mendapat wang pinjaman itu adalah penghutang, manakala orang yang meminjam keluar wangnya itu adalah pemiutang. Wang yang dipinjamkan oleh pemiutang kepada penghutang itu perlu dipulangkan kepada pemiutang. Jika pemiutang itu sangat murah hati dan tidak mengharapkan … Continue reading Hutang
Kewangan
Matawang adalah sejenis komoditi. Ia adalah komoditi di mana semua komoditi yang lain menunjukkan nilai tukar masing-masing melalui nilainya. Sebagai pengukur bersama untuk nilai, matawang tiada apa-apa sifat yang misteri. Matawang juga merupakan hasil buruh manusia, dan ia mempunyai nilai yang tertentu. Apabila aktiviti pertukaran komoditi semakin kerap dan mendominasi seluruh masyarakat, matawang bukan lagi semata-mata … Continue reading Kewangan