Pertentangan kelas sentiasa ada selagi masyarakat kelas itu masih wujud. Perjuangan kelas boleh tercetus apabila pertentangan kelas itu tidak dapat lagi dibendung, sama ada dengan cara yang lembut atau keras. Perjuangan kelas yang hebat pada zaman sebelum wujudnya kapitalisme pernah berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Di mana adanya ketidaksamarataan, ketidakadilan, perhambaan, pemaksaan dan penindasan, di situ semestinya timbul perjuangan kelas untuk mengubah keadaan.
Pilihan Raya Parlimen Eropah 2024: Ancaman pelampau kanan lebih ketara lagi
Politik Eropah menjurus ke arah yang lebih suram, lebih konservatif dan berhaluan kanan lagi apabila parti-parti politik pelampau kanan memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah 2024.
Greece: Pelajar bantah undang-undang pendidikan yang represif
(foto oleh Louisa Gouliamaki / AFP/ Getty Images) Gelombang protes anak muda besar-besaran tercetus di Greece sejak bulan Januari 2021 untuk membantah rang undang-undang pendidikan yang bersifat represif. Kerajaan Greece yang dibentuk oleh parti berhaluan kanan, Néa Dimokratía di bawah pimpinan Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, memperkenalkan rang undang-undang pendidikan terbaru yang membenarkan penubuhan pasukan polis … Continue reading Greece: Pelajar bantah undang-undang pendidikan yang represif
Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?
Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?