100 tahun gerakan komunisme di India

17 Oktober 2020 menandakan ulangtahun ke-100 kelahiran gerakan komunisme di India. Asal usul Gerakan Komunis India Revolusi Rusia pada tahun 1917 yang menyaksikan pembentukan negara pekerja pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada golongan revolusioner di seluruh dunia, termasuk India yang masih dijajah oleh kuasa imperialis British pada masa itu. Revolusioner India pada … Continue reading 100 tahun gerakan komunisme di India

Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini. SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu … Continue reading Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

“Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global

Satu gerakan antarabangsa yang menyatukan aktivis dan organisasi progresif yang berhaluan kiri, telah dilancarkan pada 30 November 2018, dalam satu perhimpunan golongan progresif yang dianjurkan oleh The Sanders Institute di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat. Matlamat pembentukan gerakan kiri baru ini adalah untuk melawan kebangkitan politik kanan lampau, xenofobia dan dasar-dasar mencabul hak rakyat yang semakin … Continue reading “Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global

55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

Kebangkitan Naxalbari

(Tulisan ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke-50 Pemberontakan Petani Naxalbari pada tahun 2017.) Pada bulan Mei 1967, satu pemberontakan bersenjata petani tercetus di sebuah kawasan perkampungan yang bernama Naxalbari, terletak di daerah Darjeeling, negeri Bengal Barat, di bahagian Timur India. Pemberontakan di Naxalbari membuka tirai kepada gerakan perjuangan Maois yang dikenali sebagai Naxalite. Perpecahan CPI … Continue reading Kebangkitan Naxalbari