Persoalan Taiwan: Pertembungan kuasa besar dunia dan cabaran kepada keamanan serantau

Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.

Konflik Nagorno-Karabakh semakin meruncing

Pertempuran bersenjata tercetus semula di wilayah Nagorno-Karabakh sejak 27 September 2020. Konflik terbaru di wilayah bergunung-ganang yang terletak di Selatan Kaukasus ini, merupakan krisis perang yang paling serius di wilayah yang dipertikaikan dan mempunyai konflik berlarutan ini sejak “Perang Empat Hari” yang berlaku pada bulan April 2016. Konflik di Nagorno-Karabakh bukan sahaja pertembungan antara kumpulan … Continue reading Konflik Nagorno-Karabakh semakin meruncing

Belarus: Ulang tayang Euromaidan?

Lebih 100,000 orang turun ke jalanan di bandar Minsk, ibu negara Belarus, pada 16 Ogos 2020, untuk menyertai aksi demonstrasi yang paling besar dalam sejarah negara itu. Aksi massa yang hebat dengan penyertaan daripada rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini telah menggegarkan kedudukan Presiden Alexander Lukashenko yang cuba mempertahankan kuasa yang dipegangnya sejak tahun 1994. … Continue reading Belarus: Ulang tayang Euromaidan?