Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 18 hari, rakyat Ecuador berjaya memaksa kerajaan Ecuador untuk bersetuju dengan tuntutan mereka dalam menangani inflasi dan mengurangkan beban hidup masyarakat.
Ecuador: Protes lawan neoliberalisme berterusan
Ratusan ribu rakyat Ecuador bermobilisasi di seluruh negara itu untuk mengambil bahagian dalam aksi protes besar-besaran yang melawan dasar neoliberal.
Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Ecuador: Perjuangan rakyat menang tuntutan, tapi kerajaan teruskan penindasan
Selepas protes rakyat besar-besaran untuk selama 12 hari berturut-turut, satu kemenangan penting dicapai oleh perjuangan rakyat Ecuador apabila kerajaan yang dipimpin Presiden Lenín Moreno menarik balik pakej “pembaharuan” neoliberal yang ditentang hebat oleh rakyat Ecuador. Namun begitu, kerajaan Moreno telah melancarkan penangkapan berterusan terhadap aktivis politik pembangkang di negara itu. Pada 13 Oktober 2019, Kerajaan … Continue reading Ecuador: Perjuangan rakyat menang tuntutan, tapi kerajaan teruskan penindasan
Ecuador: Presiden terpaksa pindah pusat pentadbiran negara kerana protes semakin hebat
Gelombang kebangkitan rakyat menentang dasar ekonomi neoliberal di Ecuador semakin hebat, sehingga Presiden Ecuador Lenín Moreno mengumumkan pada 7 Oktober 2019 bahawa kerajaannya dipindah keluar dari ibu negara, Quito, ke bandar Guayaquil yang terletak di kawasan pantai di bahagian barat negara tersebut. Sementara itu, ribuan rakyat pula mara ke bandar Quito untuk menyertai aksi protes … Continue reading Ecuador: Presiden terpaksa pindah pusat pentadbiran negara kerana protes semakin hebat
Ecuador: Protes besar-besaran bantah dasar neoliberal
Gelombang protes besar-besaran tercetus di Ecuador untuk menentang dasar ekonomi neoliberal terbaru yang diperkenalkan oleh Presiden negara itu Lenín Moreno. Pada 3 Oktober 2019, jalanraya dan lebuhraya di seluruh Ecuador telah disekat oleh bas, teksi, lori dan kereta yang memprotes terhadap kerajaan pimpinan Moreno. Kumpulan masyarakat orang asal, pelajar-pelajar dan kesatuan sekerja bersama-sama mengadakan aksi … Continue reading Ecuador: Protes besar-besaran bantah dasar neoliberal
Assange ditangkap kerana bongkar kezaliman Kerajaan AS
Julian Assange, pengasas Wikileaks, telah ditangkap pada 11 April 2019 di London, setelah Kerajaan Ecuador menarik balik perlindungan politik yang diberikan kepadanya sejak tahun 2012. Penahanan Assange ini berkaitan dengan kehendak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwanya dengan pertuduhan pengintipan. Polis London telah memasuki Kedutaan Eduador di London, dan menggunakan kekerasan untuk mengheret keluar Assange dari … Continue reading Assange ditangkap kerana bongkar kezaliman Kerajaan AS