Penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan harian rakyat di merata dunia, dan hampir melumpuhkan seluruh dunia. Berbilion orang berada dalam pelbagai peringkat keadaan “perintah kurung”, dan “penjarakan sosial” telah menjadi satu istilah sejagat. Kepimpinan kerajaan dunia, dari Donald Trump dan Boris Johnson sehingga Narendra Modi dan Jair Bolsonaro, telah menunjukkan sepenuhnya kebodohan dan kelemahan mereka dalam … Continue reading Solidariti antarabangsa untuk pertahan hak rakyat hidup bermaruah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dengan kita sekarang ini sudah melalui fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, adalah masanya untuk menilai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas penularan wabak COVID-19. Graf di bawah yang mencatatkan bilangan kes baru COVID-19 yang disahkan untuk 9 hari yang lalu (22-30 … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?
PSM wujudkan hotline aduan pekerja COVID-19
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah melancarkan Talian Hotline Aduan Pekerja COVID-19 untuk Semenanjung Malaysia. Jika terdapat syarikat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 14 April 2020, sila hubungi kami untuk dapatkan nasihat atau buat aduan. Selangor – 0123597966 Kuala Lumpur – 0166377901 Perak – 0195638464 Pulau Pinang – 0195669518 Perlis … Continue reading PSM wujudkan hotline aduan pekerja COVID-19
Mobilisasi untuk pertahan kehidupan bermaruah – Seruan anti-imperialis untuk menghadapi krisis COVID-19
Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Jawatankuasa Penganjur Minggu Perjuangan Anti-Imperialis telah menyeru untuk mobilisasi untuk mempertahankan kehidupan bermaruah. Berikut ialah kenyataan daripada Minggu Perjuangan Anti-Imperialis: Penularan COVID-19 di seluruh dunia telah menjana krisis yang serius, yang akan memberi kesan kepada ratusan ribu orang yang telah dijangkiti oleh koronavirus ini. Corak kehidupan untuk majoriti rakyat … Continue reading Mobilisasi untuk pertahan kehidupan bermaruah – Seruan anti-imperialis untuk menghadapi krisis COVID-19
Jangan bahayakan pekerja kerana keuntungan – Laporan pemantauan Biro Pekerja PSM (25-29 Mac 2020)
oleh M. Sivaranjani Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan untuk membendung wabak COVID-19, Kerajaan telah mengenakan syarat bahawa hanya industri yang tergolong sebagai “perkhidmatan perlu” (essential service) sahaja yang harus beroperasi dalam tempoh PKP ini. Namun demikian, syarikat perniagaan yang bukan perkhidmatan perlu (non-essential service) dan kilang-kilang lain yang ingin beroperasi telah diminta untuk membuat permohonan kepada pihak Kementerian … Continue reading Jangan bahayakan pekerja kerana keuntungan – Laporan pemantauan Biro Pekerja PSM (25-29 Mac 2020)
Kenapa pekerja pembersihan hospital kerajaan tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan?
oleh M. Sarasvathy Menurut kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah pada 29 Mac 2020, jumlah kematian yang disebabkan oleh wabak COVID-19 mencecah 35 orang. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipanjangkan oleh kerajaan sehingga 14 Mac 2020. Keadaan ini menunjukkan bahawa ancaman penularan wabak COVID-19 adalah semakin serius dan orang ramai berisiko untuk … Continue reading Kenapa pekerja pembersihan hospital kerajaan tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan?
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dunia kita sedang dilanda krisis yang serius dalam tiga aspek. Aspek pertama dan punca pencetus krisis ini ialah pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Pandemik ini menimbulkan beban berlebihan yang hebat ke atas perkhidmatan perubatan, malah di negara-negara yang terkaya di dunia. Kadar kematian di Itali, pada takat ini … Continue reading Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma
Kilang besi masih beroperasi & langgar syarat Perintah Kawalan Pergerakan
oleh S. Tinagaran Sejak tiga hari yang lalu, kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerima beberapa aduan daripada pihak pekerja di syarikat Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Pahang. Syarikat ini mengeluarkan besi dan keluli. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran kepada syarikat ini untuk beroperasi walaupun ia bukan perkhidmatan penting yang disenaraikan di bawah Perintah Kawalan … Continue reading Kilang besi masih beroperasi & langgar syarat Perintah Kawalan Pergerakan
Majikan paksa pekerja pembersihan Hospital Kuala Pilah bekerja walaupun sakit
Seorang pekerja pembersihan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan, telah dipaksa untuk bekerja oleh majikannya Impressia Sdn Bhd, walaupun dia sakit. Menurut Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), pesakit tersebut sakit dan berjumpa doktor pada 23 Mac 2020. Doktor telah memberikan sijil cuti sakit (MC) kepada pekerja tersebut, tetapi pihak majikan enggan menerima MC itu dan … Continue reading Majikan paksa pekerja pembersihan Hospital Kuala Pilah bekerja walaupun sakit
Majikan harus beri lebih keutamaan kepada keselamatan, kebajikan dan nyawa pembersihan
oleh M. Sarasvathy Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengucapkan terima Kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan saringan COVID-19 ke atas kakitangan yang bekerja di Hospital Teluk Intan. Arahan ini telah dikeluarkan pada 26 Mac 2020. Akan tetapi, beliau juga menafikan dakwaan yang … Continue reading Majikan harus beri lebih keutamaan kepada keselamatan, kebajikan dan nyawa pembersihan
