Kemenangan Gustavo Petro dan Francia Márquez untuk menubuhkan kerajaan progresif yang pertama di Colombia, ialah hasil daripada usaha organisasi dan mobilisasi rakyat dari bawah yang berterusan untuk memperjuangkan keamanan, demokrasi dan keadilan sosial.
Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal
Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.
Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan
Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar untuk rakyat di seluruh dunia. Dengan kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang paling awal dikesan di bandaraya Wuhan, China, dan mula merebak ke seluruh dunia sejak awal tahun 2020, pandemik koronavirus masih mengancam dunia kita dengan kes jangkitan yang terkumpul mencecah 80 juta dan angka kematian melebihi … Continue reading Imbas kembali 2020 (Antarabangsa): Pandemik koronavirus dan perjuangan masyarakat yang berterusan
Colombia: Mogok nasional bantah dasar neoliberal dan keganasan politik
Puluhan ribu rakyat Colombia telah mengambil bahagian dalam aksi mogok nasional pada 21 Oktober 2020, untuk memprotes terhadap dasar sosial dan ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Presiden Iván Duque. Gerakan protes rakyat Colombia yang terdiri daripada pekerja-pekerja, petani-petani, guru-guru, pelajar-pelajar, masyarakat orang asal dan golongan keturunan Afrika, menuntut pada Kerajaan Colombia supaya merespon segera … Continue reading Colombia: Mogok nasional bantah dasar neoliberal dan keganasan politik
Colombia: Protes tuntut keadilan untuk mangsa keganasan polis
Kematian George Floyd telah mencetuskan semula gelombang protes Black Lives Matter yang hebat di Amerika Syarikat; dan kini di Colombia, peristiwa kematian Javier Ordóñez, seorang peguam berumur 46 tahun dengan dua orang anak, yang berlaku pada 9 September 2020, telah mencetuskan gelombang protes jalanan yang paling hebat sejak gelombang kebangkitan rakyat di negara itu pada … Continue reading Colombia: Protes tuntut keadilan untuk mangsa keganasan polis
Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Colombia: Rakyat bangkit untuk keamanan dan lawan neoliberalisme
Ketika benua Amerika Latin dilanda gelombang kebangkitan rakyat yang hebat dalam menentang kerajaan yang mengamalkan dasar neoliberal, negara Colombia dengan kerajaan yang sangat rapat dengan kuasa imperialis Amerika Syarikat beberapa dekad kebelakangan ini juga tidak ketinggalan. Pada 21 November 2019, mogok umum yang hebat telah melumpuhkan seluruh negara Colombia. Aksi mogok terbaru ini merupakan yang … Continue reading Colombia: Rakyat bangkit untuk keamanan dan lawan neoliberalisme