Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dengan kita sekarang ini sudah melalui fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, adalah masanya untuk menilai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas penularan wabak COVID-19. Graf di bawah yang mencatatkan bilangan kes baru COVID-19 yang disahkan untuk 9 hari yang lalu (22-30 … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dunia kita sedang dilanda krisis yang serius dalam tiga aspek. Aspek pertama dan punca pencetus krisis ini ialah pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Pandemik ini menimbulkan beban berlebihan yang hebat ke atas perkhidmatan perubatan, malah di negara-negara yang terkaya di dunia. Kadar kematian di Itali, pada takat ini … Continue reading Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

Mencari strategi rawatan terbaik untuk selamatkan nyawa – Pandangan mengenai pengurusan klinikal bagi pesakit COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Virus COVID-19 atau Koronavirus Sindrom Pernafasan Akut 2 (SARS-CoV-2) ialah sejenis patogen yang baru dan pakar perubatan masih belum mengetahui sepenuhnya mengapa ia mempunyai kesan yang lebih teruk ke atas sesetengah orang berbanding yang lain. Daripada data yang diperolehi dari China, nampaknya lebih kurang satu pertiga individu yang dijangkiti virus ini … Continue reading Mencari strategi rawatan terbaik untuk selamatkan nyawa – Pandangan mengenai pengurusan klinikal bagi pesakit COVID-19

Mengapa bilangan kes baru COVID-19 masih meningkat?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Rakyat Malaysia dikejutkan pada 23 Mac 2020 dengan berita bahawa bilangan kes baru COVID-19 di Malaysia telah bertambah seramai 212 orang pesakit. Ini telah membawa kepada jumlah kes keseluruhannya 1518 orang pada 23 Mac 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklum bahawa 212 kes baru telah dikenalpasti dalam dua puluh jam … Continue reading Mengapa bilangan kes baru COVID-19 masih meningkat?

Wabak penyakit dan kapitalisme

Tirai kapitalisme dibuka dengan penularan wabak Pada tahun 1545-1548, sejenis wabak penyakit demam berdarah yang dikenali sebagai Cocoliztli merebak di wilayah Sepanyol Baru (Nueva España), iaitu tanah jajahan Empayar Sepanyol pada masa itu di kawasan Mexico hari ini, dianggarkan telah membunuh seramai 5 juta hingga 15 juta orang penduduk masyarakat orang asal tempatan, ataupun bersamaan … Continue reading Wabak penyakit dan kapitalisme

Bagaimana tumbangnya Pakatan Harapan? – Satu analisis tentang pergolakan politik di Malaysia 2020

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Peristiwa yang berlaku sejak sepuluh hari lalu pastinya membingungkan ramai rakyat Malaysia. Persepakatan politik terbentuk dan terlerai hanya dalam beberapa jam diiringi kenyataan yang saling bercanggahan dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Namun, ianya semakin jelas jika kita menelusuri niat dan kepentingan beberapa pihak utama – Mahathir, Azmin, Anwar dan Muhyiddin. Berikut ini adalah … Continue reading Bagaimana tumbangnya Pakatan Harapan? – Satu analisis tentang pergolakan politik di Malaysia 2020

Jawi – Siapa nak berundur?

oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya menghadiri satu forum bertajuk “Forum Jawi – Saling Memahami” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini sempurna adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim daripada Kementerian Pendidikan. Saya … Continue reading Jawi – Siapa nak berundur?

Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020

oleh V. Selvam / PSM Selangor Belanjawan Negeri Selangor 2020 Belanjawan Negeri Selangor 2020 telah dibentangkan pada 1 November 2019 di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Walaupun Belanjawan ini dikatakan Bajet berjimat, namun kritikan terhadapnya adalah ia tidak menangani isu-isu rakyat Selangor secara menyeluruh. Antara isu-isu rakyat yang perlu perhatian adalah: 1. Perumahan untuk … Continue reading Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020

Belanjawan Persekutuan: Kita perlu fikir di luar kotak

oleh Jeyakumar Devaraj Kebanyakan perbincangan berkenaan dengan pembangunan perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah dalam kerangka yang menerima peningkatan dari 3% ke 6% dalam peruntukan Belanjawan Kesihatan setiap tahun sebagai norma untuk masa hadapan yang boleh dijangka. Para perancang dalam Kementerian Kesihatan dan juga ramai aktivis masyarakat sivil bersetuju bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta peruntukan … Continue reading Belanjawan Persekutuan: Kita perlu fikir di luar kotak

Gerakan Milenial untuk menentukan nasib sendiri (Tembual khas tentang krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat Hong Kong)

Sejak beberapa bulan yang lalu, tercetusnya gelombang perjuangan massa hebat di Hong Kong yang mendapat perhatian dunia. Sosialis.net menemuramah aktivis sosial tempatan di Hong Kong, untuk membolehkan pembaca dapat memahami krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat yang sedang berlaku di Hong Kong, di luar kaca mata media aliran utama. Selepas temuramah dengan aktivis muda dengan … Continue reading Gerakan Milenial untuk menentukan nasib sendiri (Tembual khas tentang krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat Hong Kong)