Konflik bersenjara terbaru di Sudan ialah pertempuan antara dua puak dalam kalangan golongan pemerintah yang reaksioner untuk menentukan kumpulan samseng yang mana satu akan memiliki kuasa supaya dapat terus merompak negara Sudan.
Kebangkitan rakyat Mesir 2011: Revolusi separuh jalan yang belum selesai
10 tahun dahulu, pada 25 Januari 2011, tercetusnya gelombang kebangkitan rakyat yang hebat di negara Mesir sehingga menjatuhkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak, dalam tempoh 18 hari. Peristiwa Revolusi Mesir 2011 merupakan sebahagian daripada gelombang “Musim Bunga Arab” yang melanda banyak negara di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara pada masa itu. Walaupun revolusi rakyat yang … Continue reading Kebangkitan rakyat Mesir 2011: Revolusi separuh jalan yang belum selesai
Tunisia: Protes rakyat berlarutan kerana kesusahan ekonomi
Masih ingatkah gelombang protes hebat di Tunisia yang menjatuhkan pemerintahan Kerajaan Zine El Abidine Ben Ali pada 10 tahun yang lalu? Pada 14 Januari 2011, Zine El Abidine Ben Ali yang sudah berkuasa sebagai Presiden Tunisia selama 23 tahun, membubarkan kerajaannya dan mengisytihar darurat dalam usaha terdesaknya untuk menyekat gelombang protes hebat yang berlarutan hampir … Continue reading Tunisia: Protes rakyat berlarutan kerana kesusahan ekonomi
Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai
Pilihanraya Presiden Algeria yang pertama sejak kejatuhan Presiden Abdelaziz Bouteflika telah diadakan pada 12 Disember 2019, tetapi peratusan keluar mengundi adalah sangat rendah dan undi rosak juga amat banyak kerana pemboikotan oleh rakyat Algeria yang berprotes terhadap sistem politik yang masih belum berubah untuk beberapa bulan yang lepas. Daripada lebih 24 juta pengundi yang berdaftar … Continue reading Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai
Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator
Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator
Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem
Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem