Jangan biar tragedi tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus berulang lagi! – Perlu mitigasi segera untuk projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!

Seruan pekerja Ladang Bukit Beruntung kepada Kerajaan Selangor: Perbetulkan kesilapan dahulu dan bina rumah untuk pekerja!

Para bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung yang masih tidak mendapat rumah seperti yang dijanjikan 30 tahun dahulu menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor, dengan tuntutan supaya Kerajaan Negeri Selangor memperbetulkan kesilapannya yang dilakukan pada tahun 1992 dan mengambil tindakan konkrit dalam membela hak pekerja ladang untuk mendapatkan perumahan sendiri.