Bekas pekerja Ladang Glenmarie menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya memulakan proses perbincangan mengenai pemberian hak milik kekal bagi rumah yang dihuni mereka dan mengelakkan daripada perpindahan sekali lagi.
Menteri berdolak-dalik dan tidak serius dalam selesaikan isu perumahan 5 ladang di Selangor
Jawapan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan terhadap soalan mengenai peruntukan bajet untuk pembinaan rumah bagi pekerja-pekerja di 5 buah ladang itu adalah tidak fokus dan tidak bertanggungjawab.
Tunaikan janji pilihan raya: Ambil alih penyelenggaraan flat kos rendah!
Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen menggesa kerajaan supaya menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-15 dengan mengambil alih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah.
Gubal undang-undang untuk laksanakan skim perumahan pekerja ladang – seruan JSML kepada Kerajaan Negeri Selangor
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya menggubal satu enakmen untuk mewujudkan skim perumahan pekerja ladang di negeri itu.
Isu Kampung Koskan Tambahan akhirnya selesai
Isu perobohan rumah penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Hulu Selangor akhirnya telah berjaya diselesaikan dalam keadaan baik dengan situasi menang-menang buat penduduk-penduduk kampung dan pihak pemaju.
Pengusiran Kampung Koskan Tambahan – Apa yang berlaku pada 3 Mei 2023?
Perobohan rumah dan pengusiran paksa terhadap golongan rakyat marhaen tanpa sebarang rumah gantian yang bersesuaian bukannya satu pendekatan yang MADANI!
PSM-MUDA: Jangan roboh rumah penduduk Kampung Koskan Tambahan!
Kenyataan bersama oleh PSM dan MUDA mengenai isu pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampung Koskan Tambahan di Daerah Hulu Selangor, Selangor.
Hentikan pengusiran paksa terhadap penduduk Kampung Koskan Tambahan!
12 buah keluarga peneroka bandar di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor, menyeru pada Kerajaan Negeri Selangor supaya mencampur tangan dalam menghentikan pengusiran paksa terhadap mereka dan menyelesaikan kemelut perumahan mereka.
Lelong rumah B40 dibatalkan selepas protes
Rumah seorang warga B40 dapat diselamatkan daripada pelelongan pada saat-saat terakhir selepas aksi protes di ibu pejabat bank.
Seruan pekerja Ladang Bukit Beruntung kepada Kerajaan Selangor: Perbetulkan kesilapan dahulu dan bina rumah untuk pekerja!
Para bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung yang masih tidak mendapat rumah seperti yang dijanjikan 30 tahun dahulu menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor, dengan tuntutan supaya Kerajaan Negeri Selangor memperbetulkan kesilapannya yang dilakukan pada tahun 1992 dan mengambil tindakan konkrit dalam membela hak pekerja ladang untuk mendapatkan perumahan sendiri.