Kertas Putih Kesihatan: Adanya cadangan perubahan dasar yang boleh mengundang masalah serius kepada sistem kesihatan

Adalah amat penting bagi kumpulan-kumpulan masyarakat sivil mengambil bahagian dalam sebarang sesi perundingan pada masa hadapan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menanyakan butiran-butiran yang berkaitan dengan beberapa cadangan yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan dan memberikan maklum balas.

Jangan biar tragedi tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus berulang lagi! – Perlu mitigasi segera untuk projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!